PUAN Watilah orang yang paling gembira apabila mendengar khabar bahawa anak dan menantunya akan tiba di Sabah. Baru sebentar tadi dia menerima panggilan dari Wes yang mengatakan mereka akan tiba di Negeri Di Bawah Bayu itu. Tetapi sayangnya Datin Mary berada di luar negara. Teringin benar dia menemukan sahabatnya itu dengan menantunya.
Sejak pagi tadi dia telah bersiap sedia dan mengemas kamar yang akan menjadi penginapan anak menantunya selama di situ. Sebenarnya, dia telah mengarahkan si kembar Lina dan Maria agar mereka tidur di bilik Wes dan bilik si kembar akan digunakan oleh Qismyna dan Wes. Tetapi Lina dan Maria berdegil dan tidak mahu menukar bilik. Kononnya, mereka tidak akan selesa tidur di bilik Wes kerana bilik itu kecil.
Ada benarnya kata-kata si kembar itu. Rumah yang mereka inapi itu tidaklah sebesar mana. Hanya mempunyai tiga bilik. Dua bilik utama dan satu lagi bilik bujang. Bilik utama diinapi oleh Puan Wati dan Encik Wahid, begitu juga dengan Lina dan Maria memandangkan mereka terpaksa berkongsi bilik. Dan bilik bujang pula telah menjadi bilik Wes.
Puan Wati tersenyum sendirian apabila teringatkan usikan Lina dan Maria ketika dia menyuruh mereka menukar bilik ke bilik bujang.
“Biarlah Abang dan Kak Qis tidur di bilik tu. Baru Kak Maya tak boleh nak lari mana-mana. Dapatlah juga abang peluk dia.”
“Betul, mak. Manalah tahu Tuhan bukakan pintu hati Kak Qis bila tidur di bilik sempit tu dengan abang,” sampuk Lina yang menyokong penuh kakak kembarnya itu.
Betul tak betul, sedikit sebanyak termakan juga dia dengan pemikiran anak-anak kembar itu. Manalah tahu......
Dek kerana itu dia bersusah payah mengemas semula bilik itu agar kelihatan indah dan seperti bilik pengantin. Tetapi hiasannya tidaklah terlalu padat. Jika tidak bilik yang kecil itu akan kelihatan lebih sempit.
Bilik itu juga tidak mempunyai perabot yang banyak. Hanya sekadar sebuah katil bersais ‘queen’ dan sebuah almari baju yang sederhana besarnya. Almari itu pula mempunyai sebuah cermin dan tempat meletak alat-alat solek. Set bilik tidur itu baru dibelinya bagi menggantikan set bujang Wes yang lama.
Setelah berpuas hati dengan setiap hiasan dan kedudukan perabot dia memanggil si kembar untuk memberi komen tentang hasil kerjanya.
Sebaik sahaja melihat hasil kerja ibu mereka si kembar memuji tetapi ada juga yang mereka tidak berpuas hati. Kata mereka bilik itu terlalu kosong. Lantas si kembar menempah beberapa jambak hiasan mawar putih. Sejambak diletakkan di atas kepala katil. Sejambak lagi mereka letakkan di sudut bilik berdekatan dengan jendela.
Tetapi mereka masih belum berpuas hati. Lalu mereka melekatkan kertas dinding yang berwarna biru langit dan terdapat bunga mawar putih yang halus sebagai corak. Mamang cantik sekali. Jendelanya pula mereka hiaskan dengan kain langsir berwarna senada.
Dan hasilnya, mereka sama-sama tersenyum. Mereka benar-benar berpuas hati dengan hiasan yang disediakan. Ringkas dan menyenangkan.
KEDATANGAN mereka disambut dengan mesra. Puan Wati memeluk erat anak dan menantunya. Qismyna juga membalas pelukannya dengan erat dan penuh keikhlasan. Puan Wati dapat merasakan bahawa menantunya itu mula menerima mereka sekeluarga dalam hidupnya. Lina dan Maria juga kelihatan ceria dan gembira. Encik Wahid juga tidak terkecuali.
Setelah berbual sekadar berbasi-basi dan bertanya khabar, Puan Wati mengajak Qismyna berehat di bilik. Sambil menjinjit bagasinya, Qismyna mengekori langkah ibu mertuanya.
Sebaik sahaja sampai di depan pintu bilik, Puan Wati menjemputnya masuk. Qismyna melangkah sambil matanya melihat sekeliling.
“Berehatlah dulu Qis. Hilangkan lenguh-lenguh badan.” Teguran Puan Wati itu dibalas dengan senyuman. Kemudian Puan Wati beredar sambil menutup pintu dengan rapat.
Pandangan Qismyna kembali semula pada bilik itu. Matanya mengamati setiap inci ruang dan hiasan di dalamnya. Entah mengapa dia merasa selesa sekali walau pun berada di bilik yang kecil itu.
Bilik itu memang comel. Kecil tetapi lapang dan tidak sempit. Ini semua kerana hiasan dalamannya yang tak terlalu padat. Warna dan corak kertas dinding juga menampakkan ruang yang lebih dibilik kecil itu. Ditambahkan pula dengan langsir yang coraknya tidak terlalu berserabut dan pemilihan warna yang senada, membuatkan bilik itu lebih kelihatan luas dari asalnya.
Dan yang menarik sekali, bunga mawar putih yang dijadikan hiasan di atas kepala katil. Warna putih bunga mawar itu memang kena dengan hiasan dan pemilihan warna. Apatah lagi jejambak bunga yang dipilih tidak serabut dan digubah indah. Begitu jugak dengan jambangan yang diletakkan di sudut jendela.
“Kenapa masih belum kemas baju?” satu suara menegurnya dan mematikan semua pandangannya terhadap bilik itu. Qismyna berpaling melihat Wes yang merenungnya.
“Kenapa? Awak tak suka sebab bilik ni sempit?” tanya Wes seraya memandang sekeliling.
“Ada saya kata macam tu?” Qismyna membalas bersahaja. Tanpa menunggu kata-kata Wes selanjutnya, Qismyna pantas membuka bagasi dan mula menggantung satu persatu pakaian yang dibawa mereka.
Wes menghampiri katil dan terus berbaring di atasnya. Dia memusingkan badannya ke kanan dan ke kiri. Terasa sedikit lega apabila berbuat begitu. Penerbangan yang memakan masa hampir tiga jam itu memang memenatkan. Badannya juga terasa lenguh.
Sekilas dia memandang Qismyna yang membelakangkannya sambil mengemas baju di dalam almari.
“Saya tak kata awak kata macam tu.” Wes bersuara. “Tapi cara awak pandang bilik ni macam tak suka je.”
‘Aku tak sangka pulak bilik ni tiba-tiba jadi begini cantik. Ini semua sebab kau Qis. Kalau dulu bilik ni betul-betul macam sarang tikus. Ye lah......pasal aku malas nak kemas. Tapi tak sangka pula jadi cantik macam ni.’
“Awak je yang rasa macam tu. Saya tak kisah pun,” ujar Qismyna tanpa beralih ke arah Wes. “Bilik ni cantik walau pun agak kecil. Saya betul-betul tak kisah.”
“Betul ke awak tak kisah?” Wes bangun dari berbaring dan duduk menyulurkan kakinya. Qismyna hanya mengangguk.
Wes menggelengkan kepalanya. Dia memang tak suka bercakap dengan cara begitu. Dia suka mata bertentang mata apabila berbicara dengan orang. Lantas dia menarik tangan kanan Qismyna agar berpaling menghadapnya.
Mungkin tarikannya agak kuat dan Qismyna pula dalam keadaan yang tidak bersedia menyebabkan gadis itu terus terjatuh ke atas dada Wes.
Mereka sama-sama tergaman. Qismyna mengangkat muka memandang Wes. Mata mereka bertentang. Dada Qismyna tiba-tiba sahaja bergetar dengan kencang. Dia dapat merasakan wajahnya dipenuhi dengan darah.
Wes dapat merasakan getaran di dada Qismyna kerana gadis itu berasa di atas tubuhnya. Malah dadanya sendiri juga bergetar dengan kencang.
Tiba-tiba ada suatu perasaan aneh dalam dirinya. Dia ingin mengusap pipi yang halus, memegang bibir yang merah dan membelai rambut yang lembut itu. Dia ingin sekali menyembamkan bibirnya pada pipi yang gebu dan bibir yang merah semulajadi itu.
Tangannya hampir sahaja diangkat untuk menyentuh wajah itu, namun tiba-tiba sahaja semua keinginannya hilang apabila Qismyna bergegas bangun dari pelukannya. Qismyna berpaling membelakanginya.
Qismyna mengetap bibir dan menutup matanya rapat. Dia benar-benar merasa malu dengan kejadian tadi. Mukanya terasa panas seperti terbakar.
“Sorry....saya.....saya tak sengaja. Saya cuma tak suka awak membelakangkan saya waktu bercakap.” Wes cuba memancing perhatian Qismyna. Qismyna cuba membuang rasa malunya dan memberanikan diri memandang Wes.
“Kalau awak tak suka, cakap je tak boleh ke? Kenapa nak kena tarik-tarik.” Qismyna mengetap bibir sambil menjeling. Entah kenapa Wes merasa lucu melihat Qismyna dalam keadaan begitu.
Qismyna yang melihat Wes seolah-olah mempermainkannya mula merasa marah. Dia mendengus geram dan kemudian berlalu pergi.
Wes hanya memerhatikan Qismyna yang menghilangkan diri. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri mengenangkan kejadian sebentar tadi. Timbul rasa bahagia dalam diri.
QISMYNA berjalan ke ruang tamu. Tetapi dia tidak melihat sesiapa di situ. Kemudian dia melangkah menuju ke dapur. Mungkin mereka semua ada di situ. Jangkaannya tepat apa bila melihat ibu mertuanya dan adik-adik iparnya sedang sibuk menyediakan hidangan makan malam.
“Ada apa-apa nak tolong ke?” tanyanya. Mereka yang lain berpaling melihatnya. Lina dan Maria memanggilnya duduk.
“Kenapa tak berehat dulu? Tak letih ke?” tanya Puan Wati. Qismyna hanya tersenyum. Moodnya untuk berehat hilang selepas kejadian tadi.
“Tak pe....Qismyna tak letih pun,” bohongnya. Sedangkan badannya memang memerlukan rehat setelah lama berada di dalam kapal terbang.
“Tak letih ke....akak takut dengan abang......” usik Lina. Maria yang duduk bertentangan dengan Lina menjegil pada adiknya itu. Lina hanya mengangkat kening seperti menyindir.
“Kenapa pulak akak nak takut dengan abang?” tanya Qismyna tidak memahami kata-kata Lina.
“Tak de apalah, kak. Lina ni memang macam tu. Kuat mengusik.” Maria cuba menenangkan Qismyna. Maria menyerahkan sepinggan buah epal kepada Qismyna untuk dikupas sebagai pencuci mulut.
“Semua dah siap, Qis. Tinggal nak hidang je. Qis tolong kupas epal tu sudahlah,” ujar Puan Wati. “Biar Lina dengan Maria yang hidangkan semua ni atas meja.” Qismyna hanya tersenyum.
“Banyak lauk ibu masak.” Sambil mengupas epal matanya memerhatikan lauk pauk yang dihidangkan oleh si kembar.
“Bukan selalu ibu masak macam ni. Hari-hari istimewa je.”
“Hmm....ibu masak untuk hari istimewa je. Hari-hari yang abang balik sini. Untuk Lina dan Maria langsung ibu tak buat special macam ni,” rungut Lina.
“Bertuah punya anak. Hari-hari ibu masak pun belum special lagi ke?” Puan Wati menggelengkan kepala. Qismyna hanya tersenyum.
“Ala......Lina main-main je. Ibu ni sensitiflah.....” Lina memeluk ibunya dari belakang. Puan Wati mengusap-ngusap rambut anak gadisnya.
“Dah.....pergi panggil ayah, makan malam dah sedia,” perintah Puan Wati. “Qis pergi panggil Wes.”
Qismyna mengemas meja dan menghidangkan pencuci mulut di atas meja makan. Lalu kakinya melangkah masuk ke bilik. Terlihat Wes yang sedang enak dibuai mimpi. Mungkin kerana terlalu letih.
Perlahan-lahan Qismyna menghampiri Wes. Dalam bilik yang hampir gelap kerana matahari hampir terbenam. Qismyna memandang wajah Wes yang kelihatan tenang.
Tangannya menepuk perlahan betis Wes untuk mengejutkannya. Namun tiada reaksi dari lelaki itu. Kemudian dia duduk di samping Wes dan menepuk bahu kanan lelaki itu.
Perlahan-lahan Wes membuka mata. Pantas Qismyna bangun dan berdiri di sisi. Wes memandang Qismyna dengan matanya terbuka sedikit.
“Makan malam dah sedia. Semua orang tunggu awak.”
“Saya mandi dulu,” Wes bangun dan duduk di situ.
“Tak payahlah. Kejap lagi awak mandi. Sekarang ni semua orang sedang tunggu awak.” Qismyna ingin melangkah keluar. “Cuci muka sudahlah.”
Qismyna terus berlalu pergi dan menyertai mereka yang telah pun sedia di meja makan.
“Wes dah bangun?” tanya Encik Wahid. Qismyna mengangguk.
Tak lama kemudian kelibat Wes muncul. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Qismyna.
Selepas Encik Wahid membaca doa makan dan diaminkan oleh yang lain, mereka pun menjamah hidangan yang disediakan. Wes kelihatan begitu berselera sekali. Sudah lama dia tidak merasakan air tangan ibunya.
“Kamu berdua ada di sini berapa hari?” tanya Encik Malik memecah kesunyian.
“Tiga hari aje ayah. Lusa kami kena balik,” beritahu Qismyna.
“Kenapa cepat sangat. Tinggallah lama sikit. Kak Qis kan bos......” Lina bersuara.
“Kak Qis bolehlah. Tapi abang ni......” ujar Wes. “Abang ni makan gaji, je. Tak dapat cuti lama. Tiga hari pun susah nak lulus tau!”
“Kalau macam tu. Abang baliklah sorang-sorang. Biarlah Kak Qis tinggal di sini lama sikit,” ujar Maria pula. Qismyna tersenyum.
“Mana boleh macam tu. Siapa nak temankan abang kalau Kak Qis tinggal kat sini.” Wes sekadar mengusik. Mereka yang lain tertawa kelucuan kerana mereka sedia maklum hubungan Wes dengan Qismyna.
Qismyna dapat merasakan mukanya merona merah kerana menahan malu. Dia menyumpah di dalam hati kerana Wes mempermainkan dirinya begitu. Entah mengapa dia rasa nak mengenakan Wes pula.
“Selalu pun saya tak pernah temankan awak. Boleh pun awak tinggal sorang-sorang.” Mereka yang ketawa sebentar tadi tiba-tiba terdiam mendengar kata-kata Qismyna. Masing-masing memandang ke arah Wes.
“Ye ke awak tak temankan saya. Habis yang tiap-tiap malam yang minta saya peluk tu siapa?” ujar Wes memandang Qismyna. Qismyna memandangnya tajam. Kemudian Wes mengenyit matanya pada Qismyna.
“Ehemm......” tiba-tiba Tuan Malik berdehem kuat. Qismyna dan Wes terdiam. “Tak baik bergaduh depan rezeki.” Dia merenung tajam anak dan menantunya. Qismyna dan Wes tertunduk.
“Lepas ni, Qis dan Wes pergi mandi. Maghrib nanti kita solat jemaah.”
“Bagus jugak. Lepas ni kita mandi sama-sama ye sayang,” usik Wes lagi. Qismyna menjegilkan matanya. Si kembar tersenyum sambil berpandangan.
“Oh ya,” Lina bersuara. “Kat sini banyak sangat tempat yang cantik-cantik. Rasanya kalau tiga hari je Kak Qis kat sini tak sempat nak melawat semua tempat. Jadi dalam perancangan Kak Qis, tempat mana yang Kak Qis teringin sangat nak pergi?” Qismyna berfikir sebentar sebelum menjawab soalan Lina.
Dalam majalah Destinasi yang dibacanya, Sabah memang mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik. Dia teringin sekali untuk melawat semua tempat yang dibacanya dalam majalah itu. Tetapi dek kerana kekurangan masa dia telah pun membuat pilihan untuk ke tempat yang tidak terlalu jauh dari kota Kinabalu.
“Tempat yang paling Kak Qis teringin sekali nak pergi.......Kak Qis nak lihat Gunung Kinabalu.”
“Gunung Kinabalu?” Lina menggaru-garu dagunya seperti sedang berfikir. “Kak Qis nak mendaki ke?”
“Mendaki?” Qistina menggeleng-gelengkan kepalanya. “Dah lama Kak Qis tak mendaki. Teringin juga. Tapi kalau Gunung Kinabalu rasanya......” kepalanya digeleng lagi. “Rasanya tujuh hari baru sampai puncak. Itu belum nak turun lagi.”
Mereka semua tertawa, termasuk Wes. Tak sangka dalam sifat pemarah isterinya itu, pandai juga gadis itu berjenaka. Tetapi bagi Qismyna apa yang dikatakannya bukanlah gurauan.
“Macam nilah....” Encik Wahid bersuara. Yang lain menumpukan perhatian padanya. “Ayah rasa, esok pagi lepas sarapan kita pergi Poring Hot Spring. Lepas kita mandi kolam air panas, kita makan tengahari sekali di sana. Lepas tu kita pergi Kinabalu Park. Malam tu nanti kita bermalam dekat Lone Pine Resort.”
“Resort tu memang cantik. Dari situ, Qis dapat lihat Gunung Kinabalu dengan lebih dekat. Tapi kena bangun awallah. Sebab di sini matahari naik lebih awal dari semenanjung. Waktu Subuh pun pukul empat pagi.”
“Empat pagi?!” Qismyna terlopong.
“Hmm.....” Maria mengangguk. “Di sana nanti, kakak boleh ambil gambar Gunung Kinabalu dengan jelas. Sebab waktu pagi kabus tak banyak. Kalau siang sikit, biasanya kabus penuh susah nak nampak puncak Gunung Kinabalu.”
“Okey jugak cadangan ayah tu.” Sokong Wes.

No comments:
Post a Comment