SAMBIL menyusun buku-buku bacaan di rak yang telah dilabelkan matanya tidak lekang memandang pintu masuk. Sejak minggu lepas dia berkeadaan begitu. Sambil bekerja dia sering memerhatikan pengunjung yang keluar masuk ke cafe tersebut.
Sesekali dia akan melepaskan keluhan. Untuk apa dia sendiri tidak mengerti. Tetapi sejak Wes tidak datang menjenguknya sebulan yang lalu perasaannya menjadi tidak keruan walaupun lelaki itu kerap menghubunginya setiap malam.
Namun sejak minggu lepas lelaki itu tidak menelefonnya seperti selalu. Ingin sahaja dia menghubungi lelaki itu tetapi dia tidak mahu lelaki itu tahu perasaannya.
Biasanya kalau Wes tidak datang berjumpa atau menelefonnya, lelaki itu pasti menghantar pesanan ringkas untuknya. Dia telah menjadi terbiasa dengan keadaan begitu sehingga dia merasakan harinya tidak lengkap apabila lelaki itu menyepikan diri.
Dia memandang ke arah pintu masuk lagi. Dia terlihat sepasang kekasih sedang berpimpin tangan sambil berjalan seiring. Dia mengukirkan senyuman.
‘Alangkah indahnya hidup ini jika kita dapat mencurahkan kasih sayang pada orang yang sayangkan kita.’
Tetapi tiba-tiba dia merasakan dunia berhenti sesaat. Pantas dia mengalihkan semula pandangannya pada pasangan tersebut. Matanya membulat. Mulutnya ternganga sedikit. Bukankah itu Manisa, tunang Wes? Tapi apa hubungan dia dengan lelaki tu?
“Hoi!!!” Tiba-tiba dia dikejutkan dari belakang. Farahymma terjerit sedikit kerana terkejut. Linda di belakangnya ketawa kelucuan.
“Apasal dengan kau? Sampai ternganga mulut!” Linda ketawa lagi sambil matanya memandang ke arah yang dilihat Farahymma sebentar tadi.
“Oh......kau ‘ushar’ lelaki tu ke?” Linda memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah lelaki yang dimaksudkan. “Itu......abang Cik Qis.”
“Abang Cik Qis?” Farahymma beralih memandang pasangan itu lagi.
“Ya. Encik Ariff.” Terang Linda. “Dan yang itu.....tunangnya, Manisa.”
“What?!” Kali ini mulutnya ternganga lebih luas.
“Apasal kau ni. Asyik terkejut beruk je dari tadi.” Linda mencekak pinggang. “Jangan-jangan kau ni dah tangkap lentok dengan Encik Ariff tu tak?” Linda membuat andaian sendiri.
“Betul ke perempuan tu tunang Encik Ariff?”
“Betullah! Kalau tak percaya kau pergilah tanya dengan diorang sendiri,” ujar Linda lagi. “Tak payahlah kau pasang angan-angan nak ngorat Encik Ariff tu...” Linda berlalu pergi meninggalkan Farahymma.
Farahymma masih kebingungan. Selama ini dia cuma tahu Manisa adalah tunang Wes dan Wes sendiri mengakuinya. Malah dia masih ingat sewaktu Manisa datang mencari Wes di cafe ketika Wes datang memujuknya untuk kembali pada lelaki itu.
Kalaulah benar Manisa dan Ariff telah bertunang, apa hubungan sebenar wanita itu dangan Wes?
Tiba-tiba Farahymma tersenyum. Mungkin Wes sengaja ingin menduga hatinya.
SETELAH pulang ke Pulau Pinang keadaan kembali seperti sediakala. Qismyna sibuk dengan rutin hariannya begitu juga dengan Wes.
Puan Suria yang melihat tiada perubahan dalam hubungan Qismyna dan Wes merasa sedikit terkilan. Walau pun mereka bercuti hanya tiga hari di Sabah, dia mengharapkan apabila anak dan menantunya pulang hubungan mereka bertambah baik.
Dia tahu dia meletakkan harapan yang tinggi. Tetapi harapan itu muncul apabila Qismyna bersetuju mengikut Wes pulang ke Sabah. Dia kenal benar dengan sikap anak gadisnya itu. Qismyna seorang gadis yang berterus terang dan tidak suka membuat sesuatu di luar kemahuannya.
Puan Suria menghembuskan nafas kehampaan. Dan kemudian dia membelek-belek bunga-bunga kertas yang baru disiramnya.
“Mak!” panggil Qismyna. Puan Suria berpaling. Qismyna menghampirinya dan tunduk menyalami tangannya.
“Qismyna pergi dulu, mak. Dah lambat ni.” Tanpa banyak soal, Qismyna terus meninggalkan rumah dengan keretanya.
Puan Suria hanya menggelengkan kepala melihat Qismyna. Qismyna tidak pernah terlewat ke cafe. Dia seorang gadis yang amat menitik beratkan soal masa dan janji. Dia memang tak suka dengan orang yang suka memungkiri janji dan menangguh-nangguhkan kerja. Tiba-tiba dia tersenyum. Dia cuba membuat telahan sendiri. Mungkin juga sesuatu berlaku pada malam tadi antara Maya dan Wes menyebabkan Maya terlewat ke cafe.
RASHID berjalan menghampiri seorang gadis yang sedang kusyuk menghadap komputer. Rozie yang sedang menyiapkan laporannya mengalihkan pandangan apabila melihat kelibat yang menghampirinya.
“Selamat petang.” Rashid menegur. Gadis itu bangun dari tempat duduknya sambil mengukirkan senyuman manis.
“Selamat petang,” ramah gadis itu membalas ucapan Rashid. “Ada apa, encik?”
“Saya nak jumpa dengan Encik Wes. Dia ada?”
“Tunggu sebentar ya.” Gadis itu menekam interkom. “Encik Wes. Ada orang nak berjumpa.”
“Siapa?” Kedengaran suara Wes dibalik sana. Rozie memandang Rashid. Rashid yang sedia tahu pandangan gadis itu menyatakan namanya perlahan. Rozie mengangguk.
“Encik Rashid!” Beritahu Rozie pada Wes. Setelah Wes menyatakan kesediaannya menerima tetamu, Rashid melangkah ke dalam setelah mengucapkan terima kasih pada setiausaha Wes.
Ketika Rashid melangkah ke dalam , Wes menyambutnya dengan rasa gembira. “So, macam mana dengan honeymoon?” tanya Rashid sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Wes. Wes tersenyum sinis sambil menggelengkan kepala.
“Entahlah...aku pun tak tahu nak kategorikan percutian aku kali ni honeymoon ke apa ke.”
Rashid ketawa tedekeh-dekeh mendengar kata-kata Wes. Memang mustahil untuk berbulan madu dengan isteri yang tidak dikenali.
“Nasib baiklah nasib aku tak macam kau,” usik Rashid. “Kau tak beritahu Farah lagi tentang ni?” Wes menggelengkan kepala. Bagaimana harus dia beritahu gadis itu sedangkan dia sendiri belum dapat menerima hakikat yang berlaku.
“Aku tak tahu macam mana nak beritahu pada dia. Aku tak nak dia kecewa,” ujar Wes.
“Kecewa? Kenapa pulak dia nak kecewa? Kan dia dah bertunang. Lagi pun korang kan dah janji akan jadi kawan baik.” Rashid masih keliru dengan situasi rakan-rakannya.
Memang benar dia dan Farahymma telah berjanji untuk menjadi sahabat bila dia mengetahui gadis itu telah pun bertunang. Dan ketika itu dia sendiri telah bernikah dengan Qismyna. Tetapi entah mengapa, dia dapat merasakan Farahymma masih menyimpan perasaan padanya.
“Kau mesti terima kenyataan, Wes. Kau bukan lagi seperti dulu. Kau dah ada tanggungjawab.”
“Tanggungjawab pada orang yang tak mahu dipertanggungjawabkan?” Wes menggeleng-gelengkan kepala lalu bangun dan membuka sedikit tirai jendela.
“Kau tahu tak, Qis selalu desak aku ceraikan dia! Boleh dikatakan setiap malam kami bertengkar. Aku pun pening dengan perangai dia. Sikap dia terlalu berbeza dengan Farah.”
“Tak de dua insan yang dijadikan sama.” Rashid memandang Wes simpati. “Kau tak boleh menilai dia terlalu cepat sedangkan kau sendiri belum kenal hati budi dia.”
“Kalau setiap malam asyik bertengkar dah cukup untuk aku kenal sikap dia.”
“Tentulah dia marah. Siapa pun yang dituduh bersalah tetapi tidak bersalah akan jadi macam tu. Apatah lagi, bukan saja dituduh bersalah tetapi kena kahwin dengan orang yang tak dikenali pulak.”
“Dia saja ke? Aku ni tak ke?”” Wes mendengus.
“Kau lain, dia lain. Dia perempuan! Situasi yang dia berdiri sekarang ni lebih membebankan dari kau.” Rashid cuba menasihati sahabatnya itu. “Kalau perkahwinan ni diteruskan dan kau masih tak boleh terima dia, kau masih boleh berkahwin lain. Dia tidak! Suka atau tak, dia wajib setia pada kau. Kalau korang bercerai, masyarakat akan pandang serong pada dia.”
“Dah memang jadi adat. Bila berkaitan dengan penceraian saja, orang akan menunding jari pada perempuan. Lagi pun title duda tak seteruk title janda yang dia kena pegang.”
Wes melepaskan keluhan mendengar kata-kata Rashid. Masuk akal juga apa yang dikatakan lelaki itu. Tetapi dia sendiri tidak tahu sejauh mana semuanya akan berakhir. Adakah hubungannya dengan Qismyna akan berkembang atau sebaliknya?
Tetapi bila diingatkan kembali. Sejak akhir-akhir ini, Qismyna tidak lagi minta diceraikan walaupun disaat mereka bertengkar.
“Aku tak tahulah Shid! Aku pun dah buntu. Tak boleh fikir lagi dah.” Wes menyandarkan tubuhnya di kerusi. Cuba untuk menenangkan hatinya.
“Aku sayangkan Farah tapi aku tak dapat miliki dia. Tapi.......tiba-tiba saja Qismyna muncul dalam hidup aku. Jadi sebahagian dari kisah aku.”
“Ini semua kehendak Tuhan. Aku percaya ada hikmah dibalik semua ni. Mana tahu Qismyna adalah jodoh yang abadi untuk kau. Kau kena belajar terima dia dalam hidup kau. Bukan sekadar jadi kisah kau.”
“Aku boleh cuba! Tapi kalau dia sendiri tak boleh nak terima aku, aku nak buat macam mana?”
Rashid mendekatkan dirinya dengan Wes. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas meja.
“Perempuan, selalu ikut perasaan, emosi. Setiap apa yang mereka buat kebanyakkannya berlandaskan gerak hati dibandingkan dengan akal logik. Kalau kau nak Qis terima kau, kau kena tawan hati dia dulu. Orang perempuan ni keras macam mana sekali pun kalau kita buat baik....lemah lembut dengan diorang, pandai jaga hati... lembut juga akhirnya!”
“Pandai kau falsafah dengan aku,” sindir Wes. “Sejak bila kau jadi doktor cinta ni?” Rashid tersegih. Wes menggeleng-gelengkan kepalanya.

~huhu cte ni bebelit-belit cikit,agak keliru...apa2 pn truskan usaha~
ReplyDelete