QISMYNA memeluk bantal sambil berbaring di atas katil. Sesekali dia mengerling jam dinding. Hampir pukul dua belas malam. Matanya benar-benar terasa letih. Tapi dia tidak begitu selesa apabila terfikirkan yang dia akan tidur di atas katil itu dengan Wes.
Walau pun dia suka dengan bilik itu tetapi bilik itu terlalu kecil sehingga tak muat untuk menghamparkan comforter di atas lantai. Dia terpaksa tidur bersama Wes di atas katil itu.
Itulah yang menyebabkan sehingga lewat malam begini dia masih belum tidur. Dia sengaja menyekang mata agar tidak tertidur sebelum Wes melangkah ke dalam. Dia mahu berpesan dengan Wes agar lelaki itu tidak melakukan tindakan diluar batasan apabila tidur di sisinya kelak.
Bantal peluk juga tiada di bilik itu. Jika tidak boleh juga dia menggunakan bantal peluk sebagai penghadang antara mereka berdua.
Qiosmyna melirik lagi jam di dinding. Sudah pukul dua belas tiga puluh minit pagi. Kelibat Wes masih belum kelihatan. Ingin sahaja dia melangkah keluar mencari Wes. Tetapi dia tak mahu tindakannya akan menjadi usikan lelaki itu lagi.
Dia pasti jika dia keluar mencari Wes tentu Wes akan mencanang bahawa dia tidak boleh tidur jika Wes tidak ada di sisi. Dia benci dengan usikan Wes itu.
Matanya hampir tertutup. Pantas dia membuka matanya. Dia tidak mahu terlena sebelum lelaki itu masuk ke bilik. Tapi dia betul-betul tak dapat menahan rasa ngantuknya.
Dia berbaring dibahagian kiri katil. Dia cuba untuk berfikir tentang sesuatu yang dapat menghalangnya dari tidur. Tetapi dia buntu.
Apa yang terlintas dari otaknya hanyalah tidur dan mengantuk. Dia tak dapat berfikir tentang hal yang lain.
“Mana Wes ni?! Aku dah mengantuk gila!” Dia menepuk-nepuk matanya yang semakin layu.
Wes yang sedang menonton televisyen bersama adik-adik kembarnya ketawa terbahak-bahak menonton filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang bertajuk Nujum Pak Belalang.
Memang amat mengagumkan. Filem lagenda itu masih diminati hingga sekarang. Dan bintang lagenda itu bukan sahaja diminati oleh orang-orang lama tetapi juga anak-anak muda zaman sekarang.
Sebaik sahaja filem itu habis ditonton mereka semua mengemas makanan ringan dan minuman yang disajikan sebagai kunyahan.
“Abang pergilah masuk tidur. Mesti Kak Qis tunggu abang,” usik Maria.
“Bertuah dia nak tunggu abang. Entah-entah dah lama dia bermimipi.” Maria dan Lina ketawa mendengar kata-kata Wes.
“Kesiannya kat abang.....” Lina pula mengusik.
“Dahlah. Abang masuk tidur dulu. Esok, macam-macam aktiviti nak dibuat.” Wes melangkah ke kamar tidur. Dia terkejut kerana lampu bilik masih belum dimatikan. Kemudian matanya beralih melihat Qismyna yang enak dibuai mimpi dalam bilik yang terang itu.
Wes menggelengkan kepalanya. Mungkin gadis itu terlalu letih hingga terlupa untuk menutup lampu. Wes mematikan lampu bilik dan memetik suis lampu tidur.
Bilik yang terang benderang tadi terus menjadi kelam dan hanya disinari dengan cahaya kuning yang malap. Suasana menjadi sangat romantik dalam cahaya sebegitu ditambahkan lagi dengan hiasannya yang indah.
Wes berbaring di sisi Qismyna. Dia memandang Qismyna yang tidur menghadap ke sisinya. Dia menatap wajah itu lama. Dia tidak menafikan gadis yang dinikahinya itu memang cantik. Lebih cantik dibandingkan dengan Manisa dan Farahymma. Malam itu baru dia sedar gadis yang dinikahinya itu memang cantik. Dia tidak pernah menatap wajah itu dari dekat dan lama sebegitu.
Dengan memiliki kulit yang cerah, alis mata yang lentik dan kening yang sedia terbentuk, gadis itu memang sempurna dari segi fizikalnya. Matanya menyorot memerhatikan hidung Maya yang sedikit mancung dan bibir yang halus dan merah delima. Memang cukup sempurna.
Tapi sayang dalam kesempurnaan itu ada juga kekurangan. Gadis itu pemarah dan tidak sabar. Agak sombong dan sedikit mementingkan diri. Dia melepaskan keluhan sebentar. Ya.....tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini.
Dia mengalihkan badannya menghadap gadis itu. Menatap lama wajah itu. Wajah yang tidak pernah ditatap seperti yang sepatutnya. Tiba-tiba timbul keinginannya untuk menyentuh pipi yang halus itu.
Ditambahkan lagi dengan cuaca pada malam itu. Kedengaran rintik-rintik hujan mula membasahi bumi. Seluruh tubuhnya pula terasa sejuk. Dia memandang pada Qismyna yang mengeliat sedikit lalu memeluk tubuhnya sendiri. Tentu gadis itu juga kesejukan.
Wes bangun dan mencapai selimut yang berada dihujung kaki. Belum sempat dia menyelimuti tubuh Qismyna, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat disertakan dengan kilat. Dia terkejut. Qismyna juga terkejut mendengar dentuman yang kuat. Dia terbangun dan terus terduduk.
Wes pantas pura-pura tertidur melihat Qismyna yang terduduk disebelahnya. Dia membuka matanya sedikit mengintip gadis itu. Qismyna masih lagi terduduk di situ. Seperti ada sesuatu yang tak kena.
Qismyna beristighfar panjang. Dia benar-benar terkejut mendengar dentuman yang kuat itu. Jantungnya masih berdegup dengan laju.
Sejak kemalangan tiga tahun lalu sewaktu di Johor, dia menjadi trauma mendengar bunyi guruh. Kerana memandu dalam hujan lebat dia terlibat dalam kemalangan. Dia masih ingat pada malam kejadian.
Waktu itu dia meminjam kereta temannya, Mira untuk pulang ke asrama. Pada malam itu hujan turun dengan lebat. Berkali-kali Mira menyuruhnya tidur di rumahnya pada malam itu. Tetapi dia tak mahu apabila teringatkan Zila yang keseorangan di asrama.
Dalam perjalanan, kilat sabung menyabung dan guruh berdentum dengan kuat. Sekali lagi guruh berdentum tetapi kali ini lebih kuat. Terasa dentuman itu seperti di atas kepalanya sahaja. Dek kerana terkejut, dia tak dapat mengawal keretanya dan akhirnya dia terlibat dengan kemalangan.
Qismyna beristighfar berkali-kali. Jantungnya juga terasa bergerak normal semula. Dia ingin menyambung tidurnya semula tetapi matanya menangkap susuk tubuh Wes yang berbaring di sebelahnya. Dia menghela nafas lega melihat lelaki itu yang nyenyak tidur. Dia berbaring semula ditempatnya membelakangkan Wes.
Tiba-tiba sekali lagi guruh berdentum dengan kuat. Pantas Qismyna mengalihkan tubuhnya menghadap Wes dan mendekatkan tubuhnya dengan lelaki itu. Dia menutup telinga dan memejamkan matanya.
Guruh berdentum lagi. Kali ini Qismyna benar-benar ketakutan. Tanpa memikirkan apa-apa pantas dia menyembamkan mukanya di tengkuk Wes dan memeluk tubuh lelaki itu dengan kuat.
Pelukannya semakin kuat apabila guruh berdentum dan kilat terus sabung menyabung. Wes yang tidur-tidur ayam terus membuka mata apabila merasakan ada tubuh yang menghempap dadanya. Dia melihat Qismyna yang ketakutan memeluknya erat. Dia juga dapat merasakan dada Qismyna berdegup dengan kencang.
Tanpa berfikir panjang, dia memeluk gadis itu dengan erat bagi menenangkannya. Kemudian dia mencapai selimut dan menutupi badannya dan Qismyna. Kini barulah dia tahu kenapa cermin tingkap di kamar tidur mereka menggunakan cermin kedap bunyi. Kerana isterinya itu takut pada guruh dan kilat.
Qismyna yang dapat merasakan tubuhnya dipeluk terasa tenang. Dia merasa selamat berada dalam pelukan lelaki itu sehingga dia sendiri tidak sedar dia terlelap hinggalah ke pagi.

No comments:
Post a Comment