HARI itu mereka sekeluarga berjalan-jalan membawa Qismyna melawat tempat-tempat yang menarik di Sabah. Dengan menaiki Avanza, mereka bergerak menuju ke tempat yang ingin dilawati.
Destinasi pertama mereka adalah di Poring Hot Spring. Iaitu merupakan sebuah kawasan air panas. Sebelum mandi dan bermain air, mereka telah membuat keputusan untuk mendaki bukit yang ketinggian perjalanan adalah 400 meter.
Sebaik sahaja tiba di ketinggian 400 meter, mereka tiba disebuah pondok yang dibina untuk pelancong melalui jambatan tergantung. Terdapat lima buah jambatan tergantung yang perlu dilalui sebelum mereka menuruni semula bukit tersebut. Dan setiap jambatan hanya enam orang sahaja yang dibenarkan melaluinya.
Sambil berjalan dan melihat pemandangan, mereka mengambil beberapa foto sebagai kenangan. Si kembar kelihatan gembira sekali. Walaupun mereka pernah menjejakkan kaki ke situ, namun suasananya berlainan sekali dengan kehadiran Qismyna dan abangnya.
Sedari tadi memang mereka gemar mengusik abang dan kakak iparnya. Sengaja mereka berdua memaksa abang dan kakak ipar mereka untuk mengambil gambar bersama.
Setelah tiba di bawah mereka terus mencari kolam-kolam mandi yang masih kosong. Terdapat banyak kolam air panas yang disediakan tetapi keluasannya hanya kecil. Setiap kolam hanya boleh digunakan untuk dua orang dewasa sahaja.
Si kembar telah pun memilih sebuah kolam untuk mereka. Encik Wahid dan Puan Wati pula tidak mahu berendam di dalam kolam air panas. Mereka hanya duduk di bangku yang disediakan untuk mengambil angin dan melihat pengunjung-pengunjung yang sedang bergembira.
Dari semalam ketika Encik Wahid menyuarakan untuk ke Poring Hot Spring, Qismyna telah pun menyimpan angan-angan untuk mandi di salah sebuah kolam yang disediakan.
Tetapi malangnya, hanya Wes sahaja yang tinggal untuk berkongsi kolam dengannya. Ingin sekali dia menyertai Si Kembar di dalam kolam yang sama. Tetapi kolam itu terlalu sempit untuk mereka bertiga.
Wes yang telah pun berendam di kolam bersebelahan Si Kembar melambai-lambai kepadanya.
“Pergilah Qis,” suruh Encik Wahid. Tanpa bersuara, Qismyna mendekati mereka. “Marilah mandi, Kak Qis!” panggil Lina. Qismyna hanya menggeleng lalu menghampiri Wes dan duduk bersebelahan dengan kolam.
“Awak tak nak mandi ke?” tanya Wes sambil mengangkat-ngangkat keningnya seperti mempermainkan gadis itu.
“Saya tak teringinlah nak mandi dengan awak.” Qismyna menjeling.
“Mandi dengan saya tak teringin, tapi peluk saya boleh pulak,” sindir Wes. Qismyna terasa mukanya mula dipenuhi dengan darah. Terasa malu dengan Wes.
“Apa yang jadi semalam, semua tu tak sengajalah!” Qismyna cuba menyembunyikan rasa malunya. “Awak ingat saya teringin sangat ke nak peluk awak?”
“Teringin tak teringin, awak dah pun peluk saya.” Wes memandang sinis. “Kerana itu, awak berhutang dengan saya.”
Qismyna mengetap bibir menahan rasa marah. Lelaki itu memang sengaja ingin mengenakannya.
“So, Encik Iskandar. Awak nak saya buat apa untuk bayar hutang saya?” tanya Qismyna dengan rasa meluat. Wes berfikir sebentar.
“Tak banyak.” Wes mendekati tembok lalu bersandar di dinding kolam. “Saya cuma nak awak urut kepala saya dan basuh rambut saya.”
Qismyna terlopong mendengar permintaan Wes. Tiba-tiba matanya menangkap Si Kembar yang sedang mencuri mendengar perbualan mereka. Setelah menyedari diri mereka terlihat, pantas Si Kembar ketawa.
“Mana boleh basuh rambut. Sabun tak dibenarkan.” Qismyna menunjuk papan tanda yang menulis ‘Dilarang Menggunakan Pencuci/Sabun.’
“Ada saya suruh guna syampoo?” tanya Wes. Qismyna mengeluh geram. Lantas dia membuka kasut dan menyinsing jeansnya hingga ke paras lutut lalu memasukkan kakinya ke dalam kolam.
Wes menyadarkan tubuhnya di kaki Qismyna. Dengan kasar Qismyna mengurut dan memicit kepala Wes sambil menyiramnya dengan air kolam.
Si Kembar tersenyum memandang ke arah mereka. Wes mengeyitkan matanya pada Si Kembar sambil tersenyum tanda puas.
DESTINASI mereka seterusnya adalah Kinabalu Park. Kinabalu Park merupakan sebuah kawasan hutan dara yang terbesar di dunia. Suasana di situ memang agak sejuk sedikit. Terdapat tangga-tangga simen yang disediakan untuk melawat kawasan tersebut tidak seperti di Poring Hot Spring yang jalannya lebih mencabar.
Apa yang menarik di situ, mereka dapat melihat pelbagai tumbuh-tumbuhan yang jarang sekali dapat dilihat di hutan lain. Lina dan Maria bagaikan tourist guide yang mengenalkan tumbuhan-tumbuhan tersebut.
Ini merupakan satu pengalaman baru untuk Qismyna. Jarang sekali dia dapat melihat orkid yang paling kecil di dunia. Memang sukar untuk dia mengingati nama tumbuhan itu, tetapi inilah pertama kali dia melihat bunga orkid yang sebegitu kecil.
Bunga Pakma atau Refflesia juga terdapat di hutan tersebut. Qismyna yang merasa teruja, mengambil beberapa keping foto tumbuh-tumbuhan yang baru dikenalinya. Dia juga mengambil gambar pokok blueberry. Malah dia juga sempat memetik buah blueberry yang masak dan merasanya.
Sedang dia asyik memetik buah blueberry Si Kembar menghampirinya dan memaksanya mengambil gambar bersama Wes. Wes dengan muka yang selamba berdiri di sebelahnya dan memeluk bahunya.
“Say Cheese!!” Lina menekan punat merah. “Okey!!” Kemudian mereka berdua berlari ke depan. Wes melepaskan pelukannya dan berlalu pergi. Qismyna membontoti mereka dari belakang.
Setelah puas bersiar-siar dan mengambil beberapa lagi foto kenangan, mereka bertolak menuju ke Kundasang. Perjalanan dari Kinabalu Park ke Kundasang mengambil masa hampir dua jam lamanya.
Hampir jam enam petang mereka tiba di Lone Pine Resort. Sebaik saja Qismyna menjejakkan kakinya di kaki Gunung Kinabalu, dia merasa begitu terpesona dengan pemandangan yang indah. Walaupun pada petang itu, puncak Gunung Kinabalu diliputi dengan kabus namun keindahannya tidak dapat dinafikan.
Menambahkan lagi keindahan kawasan itu apabila resort itu dipenuhi dengan pokok-pokok Pine. Sungguh indah sekali! Sesekali Qismyna akan memeluk tubuhnya apabila angin bertiup. Suasana memang sejuk di tempat itu.
Wes yang melihat Qismyna memeluk tubuhnya, lantas mengambil baju sejuk lalu menutupi tubuh gadis itu. Qismyna yang terkejut tubuhnya diselimuti dari belakang pantas beralih. Wes mengenyitkan matanya lalu mengikuti Encik Wahid untuk mendaftar masuk.
Selepas itu mereka menuju ke bilik masing-masing. Bilik Si Kembar dengan Encik Wahid dan Puan Suria bersebelahan dan di blok yang sama. Manakala bilik Maya dan Wes terletak di depan sedikit tetapi di blok yang lain yang bersebelahan dengan yang lain.
Wes terus meletakkan badannya di atas tilam sebaik sahaja mereka tiba dibilik. Maya pula duduk di tepi katil sambil menggosok-gosok kakinya yang terasa lenguh. Walaupun penat tetapi dia amat gembira dengan percutiannya.
SEDANG dia nyenyak tidur dengan suasana yang dingin itu, tiba-tiba terasa bahunya bagai disentuh. Dia membuka mata dan melihat kelibat Wes yang begitu hampir dengannya. Pantas dia bangun dan menarik selimut hingga menutupi tubuhnya.
“Saya tak buat apa-apalah. Awak ingat saya kempunan sangat ke dengan awak?” tanya Wes kasar. Qismyna hanya mendiamkan diri.
“Nah!” Wes menyerahkan baju sejuk untuk Qismyna. Qismyna mengambil lalu menyarung ke tubuhnya. Suasana pada malam hari di situ memang amat sejuk sehinggakan kipas angin yang disediakan pun tidak perlu dibuka. Kini baru Qismyna mengerti mengapa resort itu tidak meyediakan penghawa dingin.
“Jom!” Wes menarik tangan Qismyna. Wes membawa Qismyna keluar ke anjung. Kemudian dia menyuruh Qismyna pandang ke langit. Qismyna menurut.
Wow! Qismyna terlopong lalu tersenyum. Dia memandang Wes sekilas lalu berpaling semula ke angkasa. Kelihatan butiran bintang yang penuh dilangit. Bagaikan mutiara yang berkilauan. Memang cantik sekali!
Wes yang berdiri di belakang Qismyna memeluk tubuh memandang gadis itu sambil tersenyum. Walaupun dia masih tidak boleh menerima gadis itu dalam hidupnya, namun entah kenapa dia sering merasa gembira kalau dapat melihat gadis itu tersenyum.

No comments:
Post a Comment