Wednesday 31 March 2010

Hanya Dia 20


BAB 20


SETELAH memberi salam, Maisara menyapu mukanya dengan telapak tangan. Kemudian dia menadah tangan memohon kepadaNya untuk segala kebaikan kepada orang-orang yang disayangi dan insan-insan yang pernah membantunya serta mereka yang sentiasa berada disekelilingnya. Tak lupa juga dia menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Suhana.
Lama dia berzikir, bermunajat memuji keagunganNya. Setelah itu dia melipat telekung dan sejadah lalu menyangkutnya. Dia berpaling memandang Aiman yang sedang tidur meniarap. Dia menghampiri anak comel itu lalu dengan perlahan menghadiahkan sebuah ciuman di dahinya.
Hari ini Fariz akan membawa Aiman pulang semula. Belum pun Fariz tiba untuk mengambil Aiman, dia mula merasa rindu walaupun anak kecil itu masih berada di depan matanya.
Aiman..........
Apa yang perlu di lakukannya agar dapat bersama Aiman untuk selamanya? Menerima Fariz? Hmmm.......tapi itu diluar kerelaan hatinya. Sekiranya dia menerima Fariz, tentu tanggungjawab seorang isteri tak dapat ditunaikan dengan sempurna. Pasti hidup mereka tidak akan menemui kebahagiaan. Mereka hanya akan memusnahkan masa depan Aiman.
Sekiranya dia bersetuju menerima Fariz dan meletakkan syarat kepada lelaki itu dan Fariz bersetuju perkahwinan mereka hanya semata-mata kerana Aiman tanpa melibatkan apa-apa hubungan lain, pasti dia bersetuju.
Tapi, mampukah dia menahan perasaan kasih yang masih bersisa ini? Mampukah dia menahan perasaan marah dan benci yang masih ada dan tidak pernah hilang? Mampukah dia melupakan semuanya sedangkan jika mereka bersama, wajah itu yang akan dilihatnya saban hari?
Ilyana?? Bagaimana pulak dengan Ilyana??
Dia mengeluh hampa.......
Ya Allah......berilah aku petunjuk Mu.

SAMBIL mendukung Aiman, Maisara melangkah ke halaman apabila terdengar deruan enjin yang berhenti di depan pagar rumahnya. Pasti itu Fariz. Seperti selalu, Fariz sentiasa tiba tepat pada waktu yang dijanjikan.
“Pa...pa......” Aiman bersorak girang melihat kelibat Fariz yang muncul dari perut kereta. Ahh.....bijak sungguh anak itu.
Maisara tersenyum melihat gelagat Aiman yang kini sedang bertatih melangkah menghampiri Fariz yang sedang menyua tangan kepadanya.
Namun senyuman itu tiba-tiba mati apabila terlihatkan kelibat Ilyana yang muncul menghampiri mereka.
Fariz datang dengan Ilyana??
Terpempam Maisara seketika namun pastas dia mengingatkan dirinya untuk bertindak seperti biasa. Perasaan ini.....kenapa perasaan kurang senang melihat Ilyana bersama Fariz perlu wujud??
“Sayang anak papa!!!” Fariz pantas menyambar tubuh Aiman yang hampir terjatuh. Terkejut Maisara seketika lalu mengurut dadanya lega apabila Fariz pantas bertindak.
“Hai Maisara!” Ilyana melambai kepada Maisara lalu mendekati Aiman yang masih dalam pelukan Fariz. Dia mencium Aiman di pipi sambil tubuhnya bersentuhan dengan Fariz. Maisara berpaling melihat kemesraan yang kelihatan tidak semulajadi. Meluat!!
Fariz terkesima seketika dengan tindakan Ilyana yang tiba-tiba datang mencium pipi Aiman dan sebelah tangannya memeluk pinggang Fariz. Keterlaluan!
Dia melirik Maisara yang telah pun melangkah setelah menjemput mereka semua untuk masuk ke dalam.
“Duduklah. Saya ambilkan air.....” Maisara memaniskan wajahnya.
Fariz memerhatikan sekitar rumah yang kelihatan sunyi. Mungkin abah dan umi tiada di rumah. Dia melirik Ilyana yang mengelilingi ruang tamu sambil matanya memerhatikan segenap hiasan dan foto-foto yang tergantung di dinding.
Sebaik sahaja tiba di depan foto dua orang wanita yang sedang berpelukan, dia menghentikan langkahnya. Salah seorang dari wanita itu adalah Maisara. Tapi, siapa seorang lagi? Dia seakan pernah melihat wajah itu sebelum ini. Tapi di mana?
“Siapa dia Fariz?” tanya Ilyana sambil tangannya mengunjuk foto itu.
“Maisara dan kakaknya, Suhana!”
“So, you mean, she’s your late wife?” Ilyana sedikit terlopong. Dia tidak menyangka wanita seperti itu menjadi pilihan Fariz. Tak ubah seperti Maisara yang kelihatan terlalu simple dari segi berpakaian dan kehidupan. Tetapi wajah mereka tidak seiras. Maisara lebih menarik berbanding Suhana. Ilyana tersenyum sinis.
Tapi penampilan dan kecantikannya tidak dapat menandingi aku!!
“Ya.....” Fariz mendekati Ilyana dan berdiri di sebelahnya. “Dia ibu kandung Aiman.” Ada nada sedih dari suara itu.
Ilyana tahu hati Fariz diruntun pilu. Tiada gunanya mengingatkan kenangan lalu. Ilyana menjeling. Memang dia tidak pernah melihat Suhana sebagai isteri Fariz. Namun, wajah itu memang pernah dilihatnya. Tapi di mana? Matanya masih melekat di foto Suhana.
Fariz melirik Ilyana yang asyik merenung foto itu.
“Kenapa? You kenal Suhana?”
“Suhana?” Ilyana menggelengkan kepalanya. “She’s look familiar to me. Macam pernah jumpa. But she’s not one of my friends.”
Faris menjungkitkan keningnya. Kalau Suhana bukan kawan Ilyana, memang dia percaya. Ilyana tidak akan bercampur dengan orang-orang seperti Suhana dan Maisara. Baginya, mereka tidak layak bercampur dengannya. Hanya mereka yang dari kelas atasan dan bertaraf elit sahaja layak menjadi kawannya.
Well.........I nak minta diri sekejap. I nak ke dapur tolong Maisara,” Ilyana pantas hilang dari pandangan.
Terjungkit kening Fariz mendengar Ilyana hendak ke dapur menolong Maisara. Seingatnya, gadis itu tidak suka mengotorkan diri untuk ke dapur. Fariz mengangkat bahu.

ILYANA memerhatikan Maisara yang sedang asyik menyediakan santapan untuk mereka.
Entah apalah cantiknya Maisara dibandingkan dirinya sehingga Fariz tergila-gilakan Maisara. Mungkin Fariz terlalu menginginkan Maisara kerana Aiman. Pasti kerana Aiman! Tak mungkin Fariz mempunyai taste yang rendah sebegitu. Manusia seperti Fariz yang mempunyai rupa, kedudukan dan harta hanya layak bergandingan dengan wanita sepertinya yang anggun dan elegan.
Maisara yang sedang asyik membancuh air untuk tetamunya, pantas berpaling apabila dia merasakan seolah-olah dirinya diperhatikan.
“Oh....Ilyana.....” Maisara menghembus nafas kelegaan. Sangkanya Fariz yang ada di berdiri di belakang dan memerhatikannya.
“Kenapa? Terkejut?” tanya Ilyana lalu menghampiri Maisara. “I bukan perompaklah!” guraunya.
Maisara hanya tersenyum lalu mengambil dulang dan mengisi cawan dan piring kosong di atasnya.
I peliklah dengan family you,” ujar Ilyana sehingga membuatkan Maisara berpaling seketika memandangnya. “Yelah.......Rumah you besar. Ada kereta mewah. And your father pun boleh dikatakan ‘somebody’. Walaupun family you mungkin tak terlalu hebat, tapi boleh dianggap mewah juga,” ujar Ilyana. “Tapi kenapa tak cari orang gaji? Kan lebih senang!”
Maisara mengukirkan senyuman mendengar kata-kata itu. Walaupun dia merasa kurang selesa dengan sikap Ilyana yang seakan-akan cuba merendahkan mereka sekeluarga, namun dia masih cuba bertenang.
Family I lebih prefer untuk hidup secara sederhana. Seperti sunnah nabi yang menyuruh umatnya untuk bersederhana dalam kehidupan.”
Ilyana menjungkit kening lalu mengangkat bahunya. Jawapan yang Maisara berikan membuatkan dia malas membalas kata-kata gadis itu.
I dengar since kakak you kahwin dengan Fariz, you tak pernah balik ke sini. Betul ke?” tanya Ilyana tiba-tiba. Maisara mengerling Ilyana sekilas tanda kurang selesa dengan pertanyaan itu.
“Fariz cerita dengan you?” Maisara bertanya kembali.
“Hmm........katanya, lepas Suhana meninggal, you datang semula ke sini dan menjadi ibu untuk Aiman. Kesian kat you kan? Terpaksa berkorban untuk Aiman......” Ilyana menunjukkan riak simpati di wajahnya.
Maisara tersenyum pahit mendengar kata-kata itu. Walau jelas dari raut wajah Ilyana menunjukkan tanda simpati, kenapa dia tidak dapat merasa keikhlasan wanita itu?
“Kiranya, you dengan Fariz kenal since you pulang semula kat sini, kan?” tanya Ilyana. “That’s mean, baru setahun you all kenal.”
So....you kenal Fariz dah berapa lama?” tanya Maisara kembali.
“Quite some time........” ujar Ilyana sambil dahinya berkerut cuba mengingati kenangan lalu. “If I’m not mistaken, we’ve known each other before we both further study in London. And masa kat London dulu, memang we all pernah fall in love. Tapi nak buat macam mana, kan? Balik sini je, kitorang putus. Almost three years kitorang tak jumpa. Bila jumpa je, I dapat tahu dia dah pegang title duda anak satu.”
“Mula-mula tu I terkejut jugak. Tapi bila dah tahu cerita barulah I faham situasi yang sebenar.”
Situasi sebenar? Jantung Maisara sudah berdegup pantas.
Dia tahu ke situasi antara aku, Fariz dan Kak Su?
“Memandangkan antara I dengan dia masih wujud perasaan sayang, so we’ve decided to continue our relationship. But before our relationship become more serious, I kena pastikan kasih sayang Aiman jatuh pada I.”
Wajah Maisara berubah. Kata-kata sebegitu paling benci untuk didengarnya. Kenapa dia dan Aiman perlu menjadi mangsa dalam hubungan Fariz dan Ilyana? Salahkah untuk dia menyayangi Aiman?
“Kenapa Ilyana?” hati Maisara mula sebak. “Kalau sekali pun you akan berkahwin dengan Fariz, kenapa perlu dipisahkan I dengan Aiman?”
“Oh....Maisara....Don’t get me wrong....” Ilyana bangun lalu memeluk bahu Maisara. “I dengan Fariz tak de niat nak pisahkan you dengan Aiman. Tapi, keadaan yang memaksa. Cuba you bayangkan. Bila I dan Fariz berkahwin, Fariz dah terikat dengan family I. Hujung minggu atau waktu lapang, we all akan balik sama ada rumah family Fariz atau family I. As a buzy person, kadang-kadang family sendiri pun tak de masa nak melawat. Apatah lagi nak bawa Aiman datang ke rumah you dan bawa dia melawat ‘bekas’ mertua Fariz.”
You janganlah bersedih. I janji, bila ada masa lapang I akan bawa Aiman jumpa dengan you. Tapi untuk pengetahuan you, I tak suka tetamu yang tak diundang datang rumah I. So.....you kena bersabar sikitlah kalau nak jumpa dengan Aiman.”
Bergetar bibir Maisara menahan perasaan yang bercampur-baur. Dia beristighfar berkali-kali untuk meredakan perasaan yang tidak keruan. Ilyana memang melampau!
“You dah tahu situasi yang sebenar. Maksud you, situasi apa?” tanya Maisara.
“Oh.......maksud I, lepas balik semula ke sini, Fariz fall in love dengan kakak you dan berkahwin dengan dia. Tapi jodoh tak panjang. Kakak you meninggal lepas melahirkan Aiman. Dan you pulang ke sini untuk memberi kasih sayang seorang ibu kepada Aiman.”
“Oh ya Sara, I dengar cerita family you and family Fariz pernah merancang nak satukan you dengan Fariz. itu pun sebab Aiman. Tapi you tolak, kan?”
Nope! I tak tolak. Cuma, I belum buat keputusan......” ujar Maisara pantas. Dia mula merasa kurang selesa berbual dengan Ilyana. Biar Ilyana tahu rancangan Ilyana untuk bersama Fariz masih belum dapat ditentukan. Maisara pasti, Ilyana hanya mahukan Fariz. Aiman? Apalah nasib Aiman.....
Ilyana terkesima sebentar. Ah.....nampaknya dia masih punya persaingan di sini. Walau apa pun caranya, dia pasti akan gunakan peluang yang diberikan Fariz sebaik-baiknya untuk pastikan Fariz benar-benar akan menjadi miliknya.
Maafkan I Fariz I terpaksa gunakan kepercayaan yang you berikan pada I. Demi untuk kita bersama!
You know, I kagum sangat dengan you yang sanggup berkorban demi Aiman. Tapi you tak perlu risau. Lepas ni biarlah segala pengorbanan, I yang lakukan. Mulai dari saat ini, you boleh rancang masa depan you semula, okey?” Ilyana mencubit dagu Maisara sambil tersenyum. Dia merasa gembira melihat wajah Maisara yang diam berduka.
Padan muka kau Maisara!!
Ilyana melihat hidangan yang disediakan Maisara. Nasi goreng dan kopi panas. Bau harum hidangan disedut panjang. Seleranya terbuka.
“Pandai you masak, ek!” Ilyana menarik nafas panjang lagi. Maisara tersenyum tawar. Dia hampir terlupa dengan hidangan yang disediakan untuk mereka.
“Duduklah! I panggilkan Fariz dan Aiman....” Maisara berlalu ke ruang tamu. Ilyana mengekori langkah Maisara dengan ekor matanya.
Kesian kau Maisara.....Tapi nak buat macam mana........Aku tak nak kehilangan Fariz....Jadi terpaksalah kau korbankan kasih sayang kau pada Aiman demi untuk aku dapatkan Fariz!!!!

Thursday 25 March 2010

Hanya Dia 19

BAB 19
MAISARA membuka telekung lalu melipat sejadah dan disimpan di dalam almari. Dia melabuhkan tubuhnya di birai katil sambil termenung sendirian. Di fikirannya, hanya terbayangkan Aiman. Rindunya pada Aiman tidak terucap dengan kata-kata.
Dia menarik nafasnya lalu dihembus perlahan. Telefon bimbit di sisi di capai lalu dia menghubungi Fariz. Talian bersambung, namun tiada balasan dari lelaki itu. Sekali lagi Maisara mencuba tetapi masih tetap begitu.
Kenapa Fariz tidak mahu menjawap panggilannya? Agaknya, Fariz dan Aiman masih bersama Ilyana kerana itu Fariz tidak mengendahkan panggilannya....
Maisara berfikir sejenak. Dagunya diusap dan keningnya berkerut.
Tak kisahlah apa nak jadi. Yang penting dia perlu berjumpa dengan Aiman dan bersemuka dengan Fariz.
Setelah mengambil keputusan yang muktamad, pantas Masiara menukar pakaian lalu turun ke bawah untuk meminta izin dari Khalid dan Maimun. Setelah diizinkan, Khalid menyuruh Maisara memandu keretanya, memandangkan kereta Maisara masih berada di bengkel.

TIBA sahaja di luar pagar banglo tiga tingkat itu, sekali lagi Maisara menghubungi Fariz. Anehnya kali ini Fariz menjawap panggilannya.
Setelah pintu pagar dibuka, Maisara memandu kereta ke dalam. Kelihatan Fariz telah sedia menunggunya di halaman.
“Assalamualaikum.....” Maisara mengerling Fariz seketika.
“Waalaikumsalam......” jawap Fariz lalu menjemput Maisara duduk di bangku laman.
“Mama dan papa tak de di rumah?” tanya Maisara kerana Fariz tidak menjemputnya ke dalam seperti selalu.
“Ada........Tapi saya rasa ada baiknya kita berbincang di luar saja,” beritahu Fariz.
“Tadi abah telefon. Katanya awak nak datang sini. Tentu kerana Aiman, kan?”
Maisara menjungkitkan keningnya. Memang ketika Fariz menjawap panggillannya dia telah mengagak perkara itu. Kalau bukan kerana abah, tentu sampai sekarang Fariz tidak mahu berjumpa dengannya.
“Saya rasa tak perlulah saya jelaskan maksud kedatangan saya. Awak tentu dah tahu sendiri, kan?”
“Aiman......” Fariz menarik nafasnya lalu beralih memandang Maisara di depannya. “Kan saya dah beritahu awak yang awak perlu kurangkan masa awak dengan Aiman.”
Maisara yang duduk bertentangan dengannya sudah mula memeluk tubuh. Rasa kecewa menerjah di hati.
“Kurangkan masa tak bermakna saya tidak boleh berjumpa dengan Aiman, kan?” Maisara merenung Fariz.
“Ya.....Tapi masa awak dengan Aiman perlu diberi kepada Ilyana. Mungkin......sesekali awak boleh datang melawat Aiman sekejap.”
“Kenapa? Sebab Ilyana? Sebab saya tak mahu jadi isteri awak?!” Maisara sudah mula menekan suaranya. Fariz membisu.
“Apa masalah awak sebenarnya?” Wajah Fariz direnung dengan penuh rasa kehampaan. “Takkanlah sebab Ilyana akan jadi isteri awak, awak terus nak pisahkan Aiman dari saya?!”
“Saya tak bermaksud nak pisahkan Aiman dari awak. Saya cuma nak Aiman lebih dekat dengan bakal mamanya!”
‘Bakal mamanya!’
Ah.....Ayat itu benar-benar mendera perasaan Maisara. Kolam mata Maisara sudah mula ditakungi air. Sukar untuk dia menerima kata-kata itu. Selama ini, hanya dia satu-satunya mama Aiman.
Fariz yang melihat airmata itu berpaling ke tempat lain. Melihat airmata yang jatuh di pipi Maisara sudah cukup mendera perasaan lelakinya. Dia tidak tega melihat airmata yang mengalir itu.
“Tolonglah Fariz............Saya rindukan Aiman. Saya nak berjumpa dengan dia!!” Rayu Maisara.
Demi Aiman, dia sanggup merayu begitu. Jikalau Fariz memintanya untuk melutut di kaki tetap dia sanggup. Asalkan dia dapat memeluk Aiman. Fariz membisu.
Melihatkan kebisuan Fariz, Maisara jadi hiba. Tanpa berfikir panjang, tangan Fariz dicapai lalu digenggam erat. Wajah Fariz ditatap dengan penuh pengharapan.
“Tolonglah.........Saya rindu sangat dengan Aiman!!”
Fariz terkaku dengan tindakan Maisara. Genggaman tangan Maisara dibalas seolah-olah memberi kekuatan kepada gadis itu.
“Fariz!!!” Tiba-tiba satu suara menyergah mereka. Pantas genggaman tangan mereka di leraikan.
Kelihatan Ilyana berdiri di belakang dengan wajah yang kurang senang melihat keadaan mereka berdua.
“Apa yang korang berdua buat ni?” tanya Ilyana sambil merenung Maisara dan Fariz bersilih ganti.
You, jangan salah faham Ilyana. I cuma nak jumpa dengan Aiman.......” Maisara menghampiri Ilyana.
“Nak jumpa Aiman bukan di sini.....” Ilyana menunjuk ke arah bangku di laman. Maisara sudah mengurut-urut dahinya. Kenapa Ilyana tiba-tiba muncul di sini? Maisara mengerling Fariz seolah-olah memohon Fariz untuk menenangkan Ilyana.
“Yana......” Fariz menghampiri Ilyana lalu memegang bahu Ilyana lalu mengenyitkan matanya. “Jangan salah faham, okey?”
“I cuma...........” belum sempat Maisara meneruskan ayatnya kedengaran tangisan Aiman di dalam. “Aiman............” Tanpa memperdulikan Fariz dan Ilyana, Maisara meluru ke dalam.
Rosnah yang sedang mendukung Aiman sambil menuruni anak tangga kelihatan sedikit terkejut melihat Maisara yang meluru ke arahnya lalu mengambil Aiman darinya.
“Sara?” Rosnah kelihatan terkejut dengan kehadiran Maisara.
“Maaf, mama! Sara mohon......Sara rayu....Kasihanilah Sara........Sara rindukan Aiman!” kedengaran esakan halus dari Maisara bersilih dengan tangisan Aiman.
Hati Rosnah diruntun pilu melihat Maisara dan Aiman dalam keadaan begitu. Maisara memeluk Aiman erat dipangkuannya. Tangan Aiman juga melingkari leher Maisara seolah-olah tidak mahu melepaskannya.
Rosnah menghampiri Maisara lalu menyentuh lembut bahunya.
“Sara rindukan Aiman?” tanya Rosnah. Maisara menganggukkan kepalanya lalu mengucup dahi Aiman. Lama.
“Kalau macam tu, malam ni Sara tidur sini?” tanya Rosnah.
“Mak cik!!” Ilyana menghampiri Rosnah. Entah mengapa dia merasa tidak senang dengan ajakan Rosnah kepada Masiara. “Tapi....tapi.....”
“Kenapa Yana?” tanya Rosnah dengan nada kurang senang. “Eh, kenapa Yana ada kat sini?” soal Rosnah seolah-olah baru tersedar dengan kehadiran Ilyana di situ.
“Yana.....saja je datang jumpa Fariz...” Tergagap-gagap Ilyana berkata sambil matanya memandang ke arah Fariz. “Yana pun rindukan Aiman jugak....” sambung Ilyana kemudiannya.
“Berilah peluang pada Maisara. Pagi tadi,kan Yana dah jumpa dengan Aiman,” Rosnah bersuara.
“Fariz, biarkanlah Aiman dengan Sara malam ni,” ujar Ismail yang baru muncul dari belakang.
Fariz memandang Maisara lalu menganggukkan kepalanya.
“Sara tidur sini malam ni?” tanya Rosnah.
“Tak boleh mama. Sara datang dengan kereta abah. Esok abah kerja. Sara pun half day.” Maisara masih memeluk Aiman. “Sara nak bawa Aiman balik...” Dia memandang Rosnah memohon simpati.
“Pergilah, Sara...” Ismail sudah berdiri di depan Maisara.
Maisara berpaling memandang Fariz. Walaupun, mama dan papa benarkan dia membawa Aiman pulang, tetapi Fariz masih belum berkata apa-apa.
Fariz yang mengerti maksud pandangan Maisara sekadar menganggukkan kepalanya.
“Pergilah Sara,” Akhirnya Fariz bersuara. Maisara tersenyum. Rasa syukur tidak terhingga.
“Terima kasih,” Maisara memeluk Aiman dengan erat lalu bersalaman dengan Rosnah dan Ismail. Kemudian dia menghampiri Ilyana dan bersalam dengan wanita itu.
Ilyana dengan rasa berat menyambut juga huluran tangan Maisara. Dia merasa kurang senang apabila melihat Maisara berjaya membawa Aiman pergi.
Apabila tiba di hadapan Fariz, Maisara menganggukkan kepala sebagai ucapan terima kasih. Fariz juga berbuat begitu bagi mambalas anggukan Maisara.
“Sara!” panggil Fariz kemudian lalu berpaling ke belakang melihat Maisara dan Aiman yang membelakangkannya. “Hati-hati!”
Maisara meneruskan langkahnya yang terhenti.

Monday 22 March 2010

Saat Hati Merelakan 44

SEBULAN berlalu dengan pantas. Namun masa itu terlalu singkat dirasakan hinggakan dalam tempoh tersebut masih tiada perubahan dalam hubungan mereka. Mereka masih lagi berpura-pura baik di hadapan keluarga. Tetapi dibaliknya, mereka masih seperti dahulu.


Sungguhpun mereka sentiasa berpura-pura menerima antara satu sama lain, sebagai orang tua yang terlebih dahulu menghadapi kehidupan, Tuan Malik dan Puan Suria dapat menghidu lakonan mereka yang mentah.

Tetapi Tuan Malik telah pun berbincang dengan Puan Suria dan juga besannya di Sabah. Dan mereka bersetuju untuk membenarkan Qismyna dan Wes berpindah keluar dan tinggal berdua. Mungkin dengan cara sebegitu hubungan mereka akan bertambah lebih erat.

Wes pula kelihatan gembira kerana berjaya membuatkan kedua-dua belah orang tua mereka bersetuju untuk membenarkan mereka tinggal berasingan.

Berlainan pula dengan Qismyna. Dia masih tertanya-tanya sendiri apakah nasib yang bakal ditempuhinya setelah berpisah dengan keluarganya dan tinggal bersama dengan Wes.

Dia tidak gusar untuk tinggal bersama lelaki itu sebenarnya. Kerana dia yakin Wes tidak mengapa-apakannya. Cuma dia risau, jika kesempatan ini digunakan Wes untuk sentiasa berada di sisi Farahymma. Dia benar-benar risau jika cinta di antara mereka berdua masih wujud dan akan terus berkekalan.



HARI minggu itu, selepas bersarapan bersama keluarga, Tuan Malik dan Puan Suria menemani Qismyna dan Wes berpindah ke kediaman baru mereka. Kediaman yang dimaksudkan bukanlah rumah milik mereka sendiri melainkan rumah syarikat yang pernah diinapi Wes sebelum mereka berkahwin dahulu.

Walaupun rumah itu bukanlah milik sendiri tetapi Qismyna tetap menerima dengan hati yang terbuka. Manalah tahu, kalau jodohnya dengan Wes tidak panjang. Lagi pun rumah itu telah dilengkapi dengan perabot dan peralatan dapur. Dia hanya membawa pakaian dan keperluan peribadi sahaja. Barang yang lain masih ditinggalkan di kediaman orang tuanya.

Selepas makan tengahari, Tuan Malik dan Puan Suria telah pulang ke rumah setelah menerima panggilan dari Ariff. Kini hanya tinggal Qismyna dan Wes berdua. Walaupun kedua orang tuanya telah berjanji untuk membantu mereka membersih dan mengemas rumah, namun mereka terpaksa pulang sebelum sempat membantu.

Wes menghabiskan masa menonton televisyen. Qismyna pula menghilangkah diri dan menyalin pakaian untuk membersihkan rumah.

Setelah mengenakan apron di badan, dia mula membersih dan mengemas rumah yang telah lama ditinggalkan itu. Membuang habuk-habuk yang lama tidak dibersihkan. Mengemop dan menyapu lantai. Sesekali matanya melirik Wes yang sedang bersenang di depan televisyen. Hatinya terasa sakit namun dia berpura-pura tidak mengambil tahu.

“Lepas awak bersihkan semua ni, awak lap tingkap sekali.” Wes mendekati cermin tingkap lalu menyapu dengan jarinya. “Tebal betul habuk ni!”

Mendengar suara Wes yang tiba-tiba memecah kesunyian antara mereka, Qismyna berpaling sambil sebelah tangan kanannya mencekak pinggang.

“Macam bos nampak!” sindir Qismyna yang sedang memegang batang mop dengan tangan kirinya. Wes tersengih memandang Qismyna.

“This is my house. And you must listen to my word!” Begitu angkuh sekali percakapan Wes di telinganya.

“Fine!” Menghempas batang mop ke lantai. “Saya boleh keluar dari rumah ni!” Qismyna berkira-kira hendak pergi. Sudahlah dia penat membesihkan rumah, lelaki itu pula bersenang lenang sambil menonton televisyen. Kemudian, tak sudah-sudah menyakitkan hatinya.

“Qis! Tunggu!” Wes menarik tangan Qismyna. “Saya gurau jelah....” Dia mula merasa risau jika Qismyna benar-benar mengotakan kata-katanya. Gadis itu kelihatan serius.

“Kalau awak tak nak saya keluar dari rumah ni, saya nak awak tolong saya bersihkan rumah.” Ada nada ugutan dari suara Qismyna. Wes menjungkitkan keningnya.

“Jom kita duduk. Saya ada hal penting nak bincang dengan awak,” ajak Wes. Qismyna yang merasa was-was tetap melabuhkan punggungnya di hadapan Wes.

“Saya nak kita buat perjanjian.”

“Perjanjian?” Qismyna mengerutkan keningnya.

“Ya! Perjanjian.” Wes mengulangi kata-katanya. “Awak pun tentu tak mahu terus hidup dengan dunia pura-pura kita ni, kan?” Qismyna mengetap bibir tanpa memberi sebarang respon. Dia memeluk tubuh menantikan kata-kata seterusnya dari lelaki itu.

Wes bangun lalu mengambil briefcase. Lalu mengeluarkan beberapa helaian kertas lalu menyerahkan pada Qismyna. Qismyna menyambut lalu membaca setiap patah perkataan yang tertulis.

“Apa semua ni?” Qismyna terlopong sebentar.

“Perjanjian!” balas Wes ringkas. “Selama awak tinggal di sini, awak kena siapkan setiap keperluan saya. Sarapan jam tujuh pagi dan makan malam, jam lapan malam. Setiap hari awak kena kemaskan dan bersihkan rumah. Awak sendiri tahu, kan yang saya tak suka rumah ni berselerak dan kotor.”

“Kenapa saya perlu bersetuju dengan semua perjanjian ni?” Qismyna mengetap bibinya menantikan jawapan.

“Dalam rumah ni terdapat tiga bilik tidur. Dua darinya adalah bilik utama. Memandangkan kita akan tidur berasingan jadi saya tak dapat selamatkan awak lagi waktu hujan nanti.” Wes tersenyum menyindir.

“Jadi, salah satu bilik saya dah pun upah orang untuk pasangkan cermin kalis bunyi. Kalau awak setuju dengan perjanjian ni bilik tu akan jadi milik awak.”

‘Tak guna!’ rungut Qismyna di dalam hati. Wes telah mengambil kesempatan atas kelemahannya! Qismyna menarik nafas panjang. Dia membaca perjanjian yang seterusnya yang tersenarai dalam kertas itu.

“Tidak boleh mengambil tahu hal masing-masing?” Qismyna mencebikkan bibirnya. “Macam mana pula dengan janji awak yang nak jadi mimpi ngeri saya?”

“Ini perjanjian baru,” ujar Wes.

Tanpa bertanya lagi. Qismyna terus menandatangani perjanjian itu. Wes tersenyum penuh makna.



DENGAN bercahayakan lampu kuning yang romantis dan diiringi dengan alunan biola, mereka berdua bercerita dan berbual dengan penuh kemesraan. Seperti sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta lagaknya.

Walaupun begitu, mereka masih ingat batas-batas yang sepatutnya dan janji mereka untuk menjadi sahabat masih kekal diingatan.

“Minggu lepas, orang tua Jeffry datang ke rumah. Mereka tetapkan untuk melangsungkan pernikahan kami secepat mungkin.” Dalam terpaksa, Wes mengukirkan senyuman.

“Uncle dan auntie awak setuju?” tanya Wes yang sedia maklum dengan keadaan Farahymma.

Farahymma merupakan anak yatim piatu setelah kehilangan kedua orang tuanya ketika usianya lima tahun lagi. Dia telah di ambil sebagai anak angkat oleh mak ciknya sendiri apatah lagi memandangkan pasangan itu tidak mampu memperoleh zuriat sendiri.

“Baguslah tu.”

Farahymma tersenyum. Dia tahu, walaupun lelaki itu cuba menyembunyikan perasaannnya namun jelas menunjukkan rasa tidak senangnya. Tentu sahaja lelaki itu takut untuk kehilangannya.

“Awak!” panggilnya perlahan. “Kita dah berjanji untuk jadi sahabat setia untuk selama-lamanya, kan?” tanyanya. Wes mengangguk.

“Saya nak awak tahu satu perkara. Bila saya berkahwin nanti, saya akan menjadi milik Jeffry sepenuhnya. Tapi percayalah, saya akan mengotakan setiap janji-janji saya. Saya janji pada awak. Walaupun saya dah berkahwin dengan Jeffry nanti, saya takkan melupakan janji-janji saya.”

“Farah.....” Wes menghembuskan nafasnya. “Saya tahu awak akan penuhi setiap janji-janji awak kerana awak seorang yang berpegang teguh pada janji.” Wes merenung gadis itu. “Saya yang perlu berjanji pada awak.”

“Saya berjanji akan berada di sisi awak di saat susah atau senang. Saya janji pada awak selagi awak memerlukan saya, saya akan sentiasa berada di samping awak.”

Kata-kata itu lahir darinya yang ikhlas. Dan dia sendiri telah pun berjanji pada dirinya akan menjaga Farahymma walaupun gadis itu telah berkahwin suatu hari nanti. Dia takkan meninggalkan gadis itu selagi dia diperlukan melainkan Farahymma sendiri yang memintanya agar berbuat demikian.

Janji-janji itu semua dibuat bagi menebus kesalahannya pada Farahymma dahulu. Lima tahun dia membuat gadis itu menderita dan sekarang, biarlah dia berkorban untuk kegembiraan gadis itu pula.



WES membuka pintu lalu menutup semula. Sekilas dia melirik jam di tangan. Hampir jam sebelas malam. Dia ingin melangkah memanjat anak-anak tangga menuju ke bilik tetapi langkahnya terhenti apabila mendapati lampu di meja makan masih menyala. Pantas dia mengahayunkan langkah.

Langkahnya terhenti apabila terlihatkan Qismyna yang tertidur di atas meja makan. Dia menghampiri gadis itu. Dia melihat makan yang di sajikan masih belum terusik. Mungkin gadis itu sedang menunggunya untuk makan malam. Rasa bersalah mula terasa di hati.

Perlahan-lahan dia mengejutkan Qismyna. Qismyna membuka mata lalu menggosok-gosokkan matanya. Dia terpandangkan Wes.

“Awak dah makan?” tanya Qismyna. Wes terdiam sebentar.

“Belum,” jawabnya. Kemudian dia menarik kerusi di hadapan Qismyna dan melabuhkan punggungnya di situ. Maya melirik jam yang tergantung di dinding.

“Dah pukul sebelas malam awak masih belum makan?!” Qismyna menjegilkan matanya.

“Saya sibuk sangat. Tak sempat nak makan.” Wes berbohong. Bagaimana dia harus menyatakan yang perutnya telah pun kenyang selepas makan malam dengan Farahymma.

Tanpa berlengah lagi, Qismyna pantas menyendukkan nasi ke dalam pinggan Wes dan kemudian ke dalam pinggannya.

Wes melihat-lihat lauk yang disediakan Qismyna. Kemudian dia memandang ke arah Qismyna yang telah pun menyantap makanannya setelah selesai membaca doa.

“Apa yang awak masak ni?” tanya Wes sambil matanya terarah pada dua ketul ikan goreng dan sambal telur yang disediakan Qismyna.

“Ikan goreng dan sambal telur,” jawab Qismyna seperti tidak mengerti maksud di sebalik soalan lelaki itu.

“Kalau ni yang awak masak, baik awak tak payah masak!”

“Ni kira okeylah saya masak. Awak sendiri tahu saya tak pandai masak, kan? Apasal awak buat perjanjian bodoh tu?” Qismyna menjeling pada Wes. “Makanlah! Penat saya masak tau!”

Wes menghembus nafas tidak senang. Walaupun seleranya mati namun dia tetap menjamah hidangan yang disediakan Qismyna untuk tidak mengguriskan hati gadis itu.

Melihat sahaja Wes menjamah hidangan pertama yang disediakan, Qismyna tersenyum. Dia gembira walaupun Wes kelihatan tidak berselera dengan masakannya lelaki itu masih sudi untuk menjamahnya

Saat Hati Merelakan 43



SEPERTI biasa selepas solat subuh, Qismyna akan berjoging di kawasan rekreasi berdekatan dengan rumahnya. Setelah tubuhnya merasa segar, dia akan kembali semula ke rumah dan bersiap untuk ke cafe.

Biasanya, selepas dia pulang dari berjoging, Wes telah pun menghilang ke tempat kerja. Tetapi pagi itu Wes masih lagi berada di dalam bilik dan sedang kusyuk mengadap komputer. Dia tertanya-tanya sendiri kenapa lelaki itu masih belum bertolak ke pejabat.

“Kenapa tak ke pejabat lagi? Cuti ke?” tanya Qismyna. Wes berpaling sebentar lalu mengadap komputer kembali. Qismyna menjungkitkan bahunya dengan tindakan Wes yang tidak menjawab pertanyaannya lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Sebaik sahaja mandi, dia mula bersiap-siap. Wes masih lagi seperti tadi. Ingin ditanya, tetapi niatnya di matikan sahaja. Setelah berpuas hati melihat dirinya di cermin, dia berkira-kira untuk turun ke bawah dan bersarapan. Sebelum itu, sempat dia melirik jam di tangan yang menunjukkan pukul sembilan pagi.

“Qis,” panggil Wes. Qismyna menghentikan langkahnya.

“Hari ni, kita keluar sama-sama. Balik nanti kita balik sekali.” Qismyna terkedu seketika. Pelik dengan kelakuan Wes. Angin timur laut dah sampai kot! Qismyna hanya mengangguk.

Mereka turun bersama-sama dan menuju ke meja makan yang telah pun tersedia dengan sarapan pagi. Tiada sesiapa pun di situ. Tuan Malik dan Ariff sudah tentu telah ke pejabat. Zurin pun telah ke kelas. Puan Suria pula sudah bersarapan bersama-sama suaminya. Dan sekarang, dia sedang menyiram pokok bunga di laman.

Sebelum melangkah keluar, mereka bersalam dengan Puan Suria. Puan Suria yang melihat mereka berdua keluar bersama tersenyum penuh makna. Dalam hatinya tahu, mereka berdua hanya memaksa diri kerana ingin berpindah dari rumah itu. Namun, di dalam hatinya mengharapkan agar lakonan anak dan menantunya akan menjadi kenyataan.

“Dari semalam, saya tengok awak ni peliklah. Ada apa-apa ke?” Qismyna bertanya semasa dalam perjalanan. Wes memandang sekilas pada Qismyna.

“Tak de apa yang pelik. Saya buat semua ni kerana syarat orang tua awak.”

“Kalau ye pun takkanlah sampai lewat masuk pejabat.”

“Sebenarnya, hari ni saya tak kerja. Saya nak ikut awak ke cafe.” Qismyna terlopong sekejap. Dia melihat Wes dari atas ke bawah. Untuk apa lelaki itu mengenakan kemeja dan slack kalau hanya nak ke cafe.

“Saya tak fahamlah awak ni. Kalau ye pun nak berlakon, tak payahlah melampau sangat. Siapa nak perhatikan kita kat sana?” Qismyna menggelengkan kepala sebentar. Wes tersenyum.

“Tak delah macam tu. Saya memang cuti hari ni. Saya nak ke cafe pun sebab nak check beberapa payment yang awak belum buat untuk Visma Corporation. Lagi pun semalam Sean, programmer yang create program untuk awak ada beritahu yang Salmi ada telefon dia dan minta dia datang cafe. Ada problem dengan program tu. Dah kebetulan saya nak cafe saya nak tengok juga apa masalahnya.”

“Ni kira free duty lah ni?” Qismyna bertanya. Dia sendiri tak faham kenapa Wes nak mengambil alih tugas kakitangannya. Sedangkan dia adalah pengurus syarikat bukan pengurus akaun atau pegawai bawahan.

“Sekarang baru pukul sepuluh pagi. Cafe buka pukul dua belas tengahari. Masih banyak masa lagi.”

“Kenapa awak selalu masuk awal? Sedangkan cafe tu hanya buka jam dua belas tengahari. Ada apa-apa ke yang saya tak tahu?” Qismyna ketawa kecil mendengar pertanyaan Wes. Bunyi macam lelaki itu sangsi padanya. Tapi untuk apa? Lainlah jika mereka bercinta dan Wes sangsi dengan kejujurannya.

“Kenapa?”

“Sajalah saya tanya. Nak juga tahu apa yang awak buat datang awal ke sana.” Wes kelihatan agak gelabah sedikit. “Manalah tahu kalau-kalau ada orang tanya pada saya. Sekurang-kurangnya saya dah bersedia.” Qismyna tersenyum sinis sambil memandang Wes sekilas.

“Kalau banyak kerja memang saya masuk awal. Tu pun kira taklah awal sangat, sebab biasanya jam enam petang saya dah balik. Kalau saya masuk jam sepuluh dan balik lima petang, sehari saya hanya berkerja tujuh jam. Kadang-kadang kalau tak banyak kerja, biasanya saya keluar dengan Fauzan. Minum-minum.”

Patutlah sawaktu Wes mencari Qismyna di cafe tempoh hari, Qismyna masih belum masuk kerja. Sedangkan Qismyna telah keluar dari rumah jam sembilan setengah seperti biasa. Tiba-tiba, Wes rasa tak keruan. Dia tak suka mendengar nama Fauzan. Apatah lagi mengenangkan lelaki itu adalah calon menantu yang dipilih untuk Qismyna.

“Kenapa awak keluar dengan dia? Tanpa pengetahuan saya pula tu. Apa kata orang kalau lihat awak dengan dia?!” Tiba-tiba sahaja Wes meninggikan suara.

“Yang awak nak marah-marah ni apasal? Fauzan tu sepupu saya! Takkan ada cerita buruk antara saya dengan dia!” Qismyna mendengus geram dengan sikap Wes yang tak menentu.

Wes terkedu seketika. Memang benar mereka bersaudara. Tapi ada rasa tak senang dalam diri Wes apabila mengetahui mereka sering keluar bersama. Wes cuba mencari alasan agar Qismyna tidak lagi keluar bersama dengan Fauzan.

“Memanglah dia tu sepupu awak. Tapi, dia tu bakal tunang awak dulu. Tentu orang akan berkata yang bukan-bukan.”

“Encik Iskandar alias Encik Wes......” Qismyna menyebut nama sebenar Wes. “......buat pengetahuan encik tiada siapa pun tahu yang saya pernah hampir bertunang dengan dia melainkan teman dan saudara terdekat sahaja. Sebab majlis pertunangan saya telah digantikan dengan majlis perkahwinan kita. Jadi, tak payahlah Encik Iskandar risau tentang tu, okey?!”

“Tapi....awak mesti berhati-hati! Manalah tahu kalau-kalau......”

“Fine! Kalau Encik Iskandar tak suka, apakata hari ni kita keluar minum bersama. Tentu tiada orang yang akan curiga,kan?” Hati Qismyna mula panas.

“Stop calling me Encik Iskandar!”



SAMBIL menyandarkan badannya di kerusi, matanya melilau memandang sekitar pejabat itu. Kemudian dia mencapai foto yang terletak di kanan meja. Kelihatan gambar Qismyna yang sedang tersenyum riang. Tanpa disangka dia juga mengukir senyuman sebagai membalas senyuman itu.

Kemudian, dia meletakkan semula foto itu di tempat asalnya. Dia melirik jam di tangan. Hampir sejam Qismyna keluar dari pejabatnya kerana membantu Salmi menyemak stok-stok peralatan tulis yang baru sampai. Hampir sejam juga dia berada di pejabat Qismyna menantikan gadis itu kerana mereka telah berjanji untuk makan malam bersama.

Sebentar tadi Sean datang untuk melihat program yang digunakan. Dia juga turut membantu dan belajar beberapa perkara dari Sean. Dia bukanlah seseorang yang mahir dalam bidang itu. Hanya mengambil tahu untuk menambahkan pengetahuan. Hampir lima jam dia melihat dan membantu Sean menyelesaikan masalah yang timbul.

Tiba-tiba pandangan matanya jatuh kepada sebuah diari biru yang dilekatkan gambar kartun Pooh di atasnya. Pantas tangannya mencapai. Dia membaca beberapa helaian yang tertulis. Diari itu bukanlah diari peribadi melainkan diari temujanji dan catatan kerja. Terdapat juga beberapa tanda mengingati tarikh lahir.

Tetapi yang menariknya di dalam diari itu banyak gambar Winnie The Pooh yang dilekatkan. Mungkin juga Qismyna sukakan kartun itu.

‘Macam budak-budak.’ Desus hati kecilnya. ‘Tapi dia pun masih muda.’ Perbezaan umur antara dia dan Qismyna menjangkau enam tahun. Qismyna baru berusia dua puluh tiga tahun.

Kemudian matanya terpaku pada helaian muka yang dihias cantik dan ditulis dengan besar. Satu tarikh tercatat iaitu tarikh lahir Qismyna. Dia tersenyum sendiri. Selama ini dia tahu usia gadis itu tapi belum mengetahui tarikh lahir gadis itu.

Dia melirik jam ditangan lagi. Hampir jam tujuh malam. Tadi dia telah pun menelefon ke rumah dan berpesan pada Mak Yam supaya tidak menyediakan makan malam untuk mereka berdua.

Dia bangun dan berjalan menuju ke pintu untuk keluar mencari Qismyna. Belum sempat pintu dibuka, pintu itu telah terbuka dari luar. Kelibat Qismyna muncul.

“Maaf. Lama awak tunggu?” tanya Qismyna. Sambil berjalan ke mejanya dan mengemas barang-barang. Inilah sikap Qismyna yang berbeza dari hari pertama dia mengenali gadis itu. Sebenarnya, gadis itu tidak lokek mengungkapkan kata maaf.

“Jom,” ajak Qismyna dan terus keluar. Wes membontoti di belakang.

Wes yang memandu kereta hanya memandang ke depan. Dia memandu menuju ke Telok Tempoyak. Sesampai sahaja pelayan di restoran itu membawa mereka ke meja yang telah ditempah khas.

Wes menarik kerusi dan memberi Qismyna duduk. Setelah Qismyna mengucapkan terima kasih dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhadapan dengan Qismyna.

“Awak dah tempah?” tanya Qismyna yang merasakan layanan Wes agak pelik pada hari itu. “Makan pun awak dah tempah?” Wes mengangguk dan kemudian berkata.

“Nasi putih, ikan siakap masak tiga rasa. Sotong goreng tepung, sayur kangkung dan udang bakar.” Dia tersengih memandang Qismyna. “Ops.....satu lagi. buah-buahan untuk pencuci mulut.”

“Banyaknya!” Qismyna terkejut. Dia sendiri tidak pernah makan sebanyak itu. Memang benar hanya empat hidangan tetapi dia tidak biasa makan sebanyak itu. Selalunya, Mak Yam akan masak lima jenis lauk untuk mereka sekeluarga dan dia hanya akan makan dua daripadanya.

“Tak pe. Kalau tak habis, saya habiskan.” Selamba Wes berkata begitu.

Tak lama kemudian satu persatu hidangan yang ditempah mula dihidangkan di atas meja. Wes telah pun mula memegang sudu dan garpu tetapi Qismyna hanya terpaku memerhatikan lauk yang banyak itu.

“Tunggu apa lagi? Makanlah. Jangan risau. Saya belanja.” Qismyna menjeling Wes. Kemudian dia pun mula meratah hidangan yang disediakan.

“Saya masih tertanya-tanya......” Qismyna memandang Wes. “....kenapa awak baik sangat dengan saya hari ni?”

“Kan kita kena berbaik-baik.”

“Betul. Tapi tak payahlah sampai kat luar rumah. Saya rasa peliklah.” Wes terus memandang Qismyna apabila Qismyna berkata begitu.

“Habis......kat luar rumah kita kena bergaduh ke?” tanya Wes agak kasar sedikit.

“Bukanlah macam tu....” Qismyna menjeling sekilas. Wes tersenyum. Ada kalanya jelingan Qismyna memang menyakitkan hati tetapi ada kalanya dia suka melihat jelingan itu.

“Saya tak nak bergaduh dengan awak, cuma......tak payahlah nak melebih-lebih pula. Orang kat luar ni bukannya tahu masalah kita. Kita buat macam biasa sudahlah.”

“Macam biasa macam mana?” Wes meletakkan camca dan garpu dan menongkat dagunya memandang terus pada Qismyna.

“Buat macam biasalah.......awak uruskan hal awak. Saya uruskan hal saya. Lagi pun, kan saya dah beritahu pada awak yang saya tak nak jadi pontianak dalam hidup awak lagi.”

“Tapi saya masih nak jadi mimpi ngeri awak.” Wes tersenyum pada Qismyna yang memandangnya tajam. Kemudian dia mengenyitkan matanya untuk menyakitkan hati gadis itu. Qismyna hanya menjeling geram.

Selesai makan malam, mereka berdua bertolak pulang ke rumah. Sebaik sahaja memberi salam dan membuka pintu, semua mata memandang ke arah mereka. Zuril pula tersengih memandang Qismyna.

Setelah bersalam dengan ibu dan ayah mertuanya, Wes berlalu ke bilik. Qismyna masih lagi berada di situ merehatkan badan di ruang tamu bersama yang lain.

Puan Suria dan Tuan Malik berpandangan sebentar lalu menjatuhkan semula pandangan mereka kepada Qismyna. Walaupun kelihatannya Qismyna dan Wes cuba berbaik-baik namun masih jelas dalam pandangan tua mereka bahawa anak menantu mereka masih tidak dapat menerima antara satu sama lain.

.

Saat Hati Merelakan 42

FARAHYMMA berjalan tanpa tujuan membawa hatinya yang resah. Dia sendiri tidak tahu arah mana yang harus dituju. Akhirnya, kakinya membawanya ke sini. Pantai Pulau Betong. Salah satu tempat yang menyimpan kenangan cintanya bersama dengan Wes.


Dia sendiri tidak tahu untuk apa dia ke situ. Mengenang semula cinta yang telah lama hilang. Dia menghembus nafas yang panjang.

Hanya dia sahaja yang tahu perasaannya kini apabila mendapat tahu Wes telah pun berkahwin dengan Qismyna. Tetapi untuk apa perasaannya itu sedangkan dia sendiri telah mengikat tali pertunangan dengan Jeffri?

Sewaktu dia mendapat tahu bahawa Manisa adalah tunang Ariff. Hatinya berbunga riang. Terasa seluruh kegembiraan adalah miliknya walaupun dia sedia maklum dengan statusnya sebagai tunangan orang.

Namun, apabila Qismyna memberitahunya berita yang amat memedihkan hati, terasa bagai jantungnya gugur berderai ke bumi. Kini barulah dia sedar yang dia amat memerlukan lelaki itu di sisinya.

Dia tahu betapa berdosanya dia kerana masih mencintai Wes walaupun dia telah bertunang. Tetapi kehendak hati sukar untuk dikawal.

Kenapa Wes sanggup memainkan perasaannya. Kenapa lelaki itu tidak memberitahu yang dia telah berkahwin? Kenapa Wes perlu kecewakannya lagi! Apa dosanya pada lelaki itu hingga sanggup dia dipermainkan sebegitu rupa.

Sedang dia melayan perasaan, tiba-tiba bahunya di sentuh lembut. Dia berpaling. Alangkah terkejutnya dia melihat kelibat itu.

Wes tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di sisi Farahymma. Farahymma hanya diam membisu tanpa ucapan pertemuan.

“Kenapa awak larikan diri dari saya?” tanya Wes. “Kenapa awak berhenti kerja? Kenapa awak tak inform saya dulu?” bertalu-talu soalan ditanya.

“Untuk apa?” sayu nada suara Farahymma.

“Awak marahkan saya?!” tanya Wes lagi.

“Kenapa awak bohong dengan saya? Kenapa rahsiakan yang awak dah berkahwin? Kenapa awak mainkan perasaan saya?” Tanpa dapat ditahan lagi, airmatanya membasahi pipi.

Wes terkedu melihat reaksi Farahymma. Kecewakah gadis itu dengannya? Dia menarik bahu Farahymma agar berhadapan dengannya.

“Awak masih cintakan saya.” Wes yakin dan pasti dengan kata-katanya. Jelas di mata gadis itu, dia masih lagi bertakta di hati.

Farahymma melarikan pandangannya. Dia cuba untuk menenangkan hatinya. Air matanya diseka lagi. Apabila dia merasakan emosinya stabil, dia memandang Wes sambil mengukirkan senyuman.

“Tentu awak rasa pelikkan? Tentu awak rasa saya ni seorang perampuan yang tidak setia pada pasangannya.” Dia memandang Wes sekilas. Wes hanya mendiamkan diri memberi peluang untuk Farahymma meluahkan semua perasaannya.

“Memang saya dah bertunang. Dan saya sayangkan tunang saya. Cuma perasaan cinta saya dah serahkan pada awak sedari dulu lagi. Waktu saya buat keputusan untuk terima dia dalam hidup saya, saya ingatkan saya boleh lupakan awak dan cintakan dia.”

“Tapi saya silap. Sampai saat ni, saya masih cintakan awak walaupun awak pernah tinggalkan saya dulu. Memang pelikkan cinta ni? Walaupun saya paksa diri saya untuk lupakan awak tapi saya tak mampu.”

“Jadi, sekarang macam mana?” tanya Wes. Hatinya tertanya-tanya adakah Farahymma ingin kembali semula kepadanya. Jika benar, bagaimana pula dengan Jeffry dan Qismyna?

“Macam mana apa?” Farahymma ketawa kecil mendengar pertanyaan Wes.

“Awak dah berkahwin, saya pulak dah bertunang. Walaupun saya cintakan awak tapi untuk meninggalkan Jeffri, saya tak sanggup. Dia dah banyak berkorban untuk saya. Lagi pun awak kena setia dengan isteri awak walaupun saya tahu awak masih cintakan saya. Betul tak?”

Farahymma memandang Wes. Wes hanya mengukir senyuman tanpa menjawab pertanyaan Farahymma.

“Boleh tak kalau saya buat satu permintaan?” pinta Farahymma. Wes beralih memandangnya. “Walaupun kita cintakan antara satu sama lain tapi kita tak dapat bersama. Jadi, biarlah kita berjanji untuk bersama selamanya sebagai sahabat setia. Setuju?”

Faraymma menghulurkan salam tanda mengikat janji. Wes memerhati huluran tangan Farahymma sebelum menyambutnya. Setelah yakin dengan keputusannya, Wes menyambut huluran itu.

“Kita mesti berjanji akan berada di sisi masing-masing apabila salah seorang dari kita memerlukan. Dan kita mestilah setia pada pasangan kita dan melupakan yang kita mencintai antara satu sama lain. Perhubungan di antara kita adalah berdasarkan persahabatan,” ujar Farahymma sambil mengganggam erat tangan Wes. Wes mengangguk tanda setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka menggoncang sekali genggaman tangan tanda janji termeterai di antara mereka berdua. Mereka saling berpandangan dan tersenyum.

“Cuma........saya nak tahu satu perkara.”

“Apa?” tanya Wes.

“Kenapa awak berkahwin dengan Qismyna dan bukan dengan Manisa?”

Pertanyaan itu dibiarkan sepi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia tidak sanggup untuk mengatakan perkara yang sebenarnya. Tetapi dia tidak mahu orang lain tahu punca sebenar perkahwinannya dengan Qismyna.

Dia tidak kisah pandangan orang lain padanya. Tetapi dia tak mahu orang lain menyakitkan hati Qismyna. Kenapa sejak akhir-akhir ini dia terlalu mengambil berat tentang gadis itu?



HARI itu Wes pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Bibirnya tidak lekang mengukirkan senyuman. Dari mula melangkah masuk, lelaki itu asyik tersenyum dan bersiul-siul. Bukan Qismyna sahaja yang perasan dengan sikap Wes, tetapi Nurin ada juga berbisik ditelinganya. Bertanya pada Qismyna, ada apa-apa yang terjadikah?

Malam itu, setelah selesai menunaikan solat Isyak, Qismyna berehat di dalam bilik. Rasa malas pula untuk turun ke bawah dan menonton televisyen seperti selalu. Sambil berbaring di atas katil fikirannya mula merawang jauh.

Memikirkan kehidupannya di masa hadapan. Kehidupannya setelah berpisah dengan Wes. Adakah akan kembali seperti mana kehidupannya sebelum kehadiran Wes? Gembirakah dia apabila terpaksa berpisah dengan keluarga mertuanya yang mula mendapat tempat di hatinya. Alangkah baiknya jika dia tidak menyukai mereka. Tentu dia takkan rasa berat hati untuk meninggalkan keluarga itu.

Sedang asyik dia bersedirian dalam lamunannya, tiba-tiba Wes muncul dan melangkah ke dalam. Tanpa memandang ke arahnya, Wes menukar baju dan bersiul-siul perlahan.

“Ada apa-apa yang istimewa ke?” soalan Qismyna lebih kepada sindiran.

“Tentulah,” ringkas sahaja jawapan Wes. “Kenapa? Nak tahu ke? Kata tak nak jadi pontianak dalam hidup saya.”

“Excuse me..... saya ni, tak de niat pun nak ambil tahu hal awak. Saya sedang belajar untuk berbaik dengan awak supaya lekas-lekas kita dapat pindah keluar dari rumah ni. Bukan itu ke awak nak?” Qismyna menjeling. Wes tersenyum.

“Baguslah kalau macam tu. Saya ingatkan awak dah buang tebiat nak ambil tahu hal saya.”

“Tak teringin pun.”

“Yelah. Hanya kita yang faham satu sama lain, kan?” ujar Wes dengan penuh sindiran. Qismyna menjeling geram.

“Kalau ye pun ceritalah pada saya kenapa awak happy sangat. Taklah saya terkontang kanting nak jawab bila diorang semua tanya.” Wes ketawa kecil.

“Diorang semua tanya pasal saya ke tadi?” Wes menjungkitkan keningnya. “Apa yang diorang tanya?”

“Awak ni nak jawab soalan saya ke nak tanya saya soalan?” Bengang betul dia dengan Wes.

“Kenapa awak nak marah-marah? Cakap elok-elok tak boleh ke?”

“Awak tu! Saya suruh awak cerita, balik-balik awak tanya soalan pada saya. Awak tak faham Bahasa Melayu ke? Kalau awak ambil exam, agaknya semua paper awak fail.”

“Amboi sedapnya mulut awak!” Wes mendengus. “Kalau saya tak faham Bahasa Melayu, bahasa apa yang saya tengah cakap dengan awak?”

Qismyna melepaskan keluhan tidak puas hati. Nafasnya turun naik. Dia mengetap bibir seketika sambil meminta dirinya bersabar.

“Dahlah....saya malas nak layan awak. Kalau kita tak dapat keluar dari rumah ni, awak jangan salahkan saya!” Qismyna terus membungkus dirinya di dalam selimut.

“Tak kan merajuk kot?” Wes cuba mengambil perhatian Qismyna. Qismyna hanya membisu tanpa memberi sebarang balasan.

Saat Hati Merelakan 41

PAGI esoknya Wes datang ke pejabat Qismyna. Qismyna tidak senang dengan kedatangan Wes ke sana tetapi masih melayani Wes dengan baik di hadapan orang awam dan pekerjanya.


Qismyna bergerak ke pantry lalu membancuh dua cawan air kopi sementara Wes menantinya di pejabat. Setelah itu, Qismyna meminta Linda yang kebetulan bertugas di situ membantunya membuka pintu pejabat sementara kedua-dua tangannya membawa dulang.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Linda dia meletakkan dulang di atas meja tetamu. Wes tersenyum sebaik sahaja terbaukan aroma yang enak di pagi hari. Tanpa dipelawa, pantas sahaja tangannya menyambut secawan kopi dan meneguknya laju. Qismyna sekadar mengangkat kening melihat tindakan Wes.

“Pertama kali saya rasa kopi dari air tangan isteri saya sendiri.” Wes tersenyum memandang Qismyna. Qismyna membalas senyuman tanpa ikhlas.

“Oh ye ke?” Dia menjeling.

“Baik hati awak bancuh kopi untuk saya hari ni.”

“Dah kebetulan semua staff tahu awak suami saya, jadi terpaksalah saya buat baik dengan awak.” Dengan selama Qismyna menjawab pertanyaan Wes. Sedangkan dia ingin sekali menengking lelaki itu. Bukan kerana peristiwa malam tadi. Tetapi kerana dia terdengar ada pekerja-pekerjanya mengatakan hubungan cinta tiga segi wujud antara dia, Wes dan Farahymma. Kerana itulah Farahymma meletak jawatan setelah dimarahi olehnya. Ini semua gara-gara Wes yang tidak sedar diri yang dia telah pun beristeri.

“Awak pun baik hati melawat saya di sini,” ujar Qismyna sekadar menyakitkan hati. Wes tersenyum sinis.

“Awak dah lupa ke yang saya dah janji akan jadi mimpi ngeri awak?!” Dia ketawa mengejek. Maya mencebikkan mukanya. Meluat!

“Saya dah lupa semua tu. Saya pun tak nak jadi pontianak dalam hidup awak.” Wes terkebil-kebil mendengar kata-kata Qismyna. “Saya tak nak tahu dan tak nak masuk campur urusan awak. Awak hidup ke, awak mati ke, langsung tiada kaitan dengan saya.”

“Kenapa? Awak takut?” Wes cuba membakar keegoan gadis itu.

“Suka hati awaklah nak kata apa.” Qismyna menjungkitkan bahunya. “Nak kata saya penakut ke...apa ke....saya tak peduli.”

Wes terkedu dan sedikit keliru. Apa yang tak kena dengan gadis ini. Biasanya dia akan rasa tercabar bila berkata demikian. Tetapi kali ini, dia lebih bersahaja dan mengambil sikap tidak peduli.

“Mana boleh!” pantas Wes mebidas. Dia mahu Qismyna mengambil tahu dan peduli tentang dirinya.

“Sebab apa tak boleh?!”

“Sebab.....sebab.....saya nak kita pindah,” ujar Wes cuba mencari alasan. Qismyna mendengus.

“Saya tak nak!”

“Tapi inilah satu-satunya jalan untuk kita. Kalau hubungan kita asyik diganggu oleh keluarga awak, sampai bila pun kita akan terus hidup macam ni.”

“Apa maksud awak? Awak nak salahkan keluarga saya pulak?” Qismyna menjadi berang.

“Bukan macam tu. Cuba awak fikir. Kalau kita tinggal berasingan, sekurang-kurangnya masalah kita, kita akan selesaikan sendiri. Kalau kita masih di rumah orang tua awak, setiap urusan mereka akan masuk campur,” cadang Wes dengan bersungguh-sungguh. “Saya rimaslah. Setiap kali kita bertengkar, bergaduh......diorang akan suruh saya pujuk awak. Berbaik dengan awak. Saya rimaslah!”

Qismyna terdiam mendengar kata-kata Wes. Sungguh pedih dan menyakitkan hati! Hina sangatkah dia sehingga Wes langsung tak boleh berbaik-baik dengan dia? Walaupun dia tak sukakan Wes dan bencikan Wes tetapi tiadakah ruang untuk mereka berbaik-baik sebagai seorang kawan sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Tiba-tiba Wes rasa bersalah apabila melihat Qismyna diam membatu. Adakah dia salah menuturkan kata-kata sehingga menyebabkan gadis itu terguris. Dia menghampiri Qismyna.

“Qis....” panggilnya perlahan namun jelas di pendengaran gadis itu. Qismyna menarik nafas panjang.

“Baiklah. Kalau itu yang awak mahukan. Malam ini kita bincang dengan mak dan ayah.” Akhirnya, Qismyna membuat keputusan untuk menerima cadangan Wes.



MEREKA berdua melangkah masuk ke bilik. Sebaik sahaja menutup pintu, Wes terus duduk di atas katil. Rasa tidak puas hati masih bersarang di hati.

Selepas makan malam, mereka berdua telah pun berjumpa dengan Puan Suria dan Tuan Malik untuk memberitahu cadangan mereka untuk berpindah dari rumah itu. Tuan Malik dan Puan Suria tidak melarang tetapi telah memberi syarat untuk mereka.

Mereka berdua perlu barbaik-baik dan menerima kehadiran satu sama lain, barulah Tuan Malik dan Puan Suria bersetuju untuk membenarkan mereka berpindah dari rumah itu.

Walaupun Wes merasakan bahawa dia tidak perlu meminta persetujuan kedua-dua ibu dan ayah mertuanya kerana dia seorang suami dan berhak membuat keputusan untuk dia dan Qismyna, namun setelah dinasihatkan oleh ibunya Puan Wati, Wes melakukan juga. Dan sekarang, mereka perlu menerima satu sama lain barulah mereka boleh menguruskan hidup sendiri.

Wes benar-benar rasa tidak senang dengan syarat yang dikenakan. Mana mungkin dia berbaik-baik dengan Qismyna, sedangkan gadis itu sendiri tidak mahu berbaik-baik dengannya.

“Kalau awak tak suka, kenapa awak tak berterus-terang saja?” tanya Qismyna sambil membelek-belek majalah di tangannya.

“Saya bukan tak nak berterus terang. Tapi hormat! Saya tak nak kecilkan hati orang tua awak.”

“Tak nak kecilkan hati, konon! Awak tahu tak, disebabkan sikap awak yang tak nak kecilkan hati mereka, awak dah beri harapan palsu pada mereka.”

“Apa yang awak merepek ni?” tanya Wes dengan kasar.

“Tadi, awak janji dengan orang tua saya yang kita akan berbaik-baik seperti suami isteri yang lain. Dan hari tu, awak janji dengan emak saya yang awak akan beri dia cucu.” Qismyna menutup majalah dan memandang Wes tajam. “Itulah harapan palsu yang awak dah beri pada orang tua saya!”

Wes merasa berang dengan kata-kata Qismyna. Lalu menarik tangan Qismyna dengan kuat. Qismyna cuba menarik tangannya dan minta dilepaskan. Dia merasa takut dengan tindakan Wes yang tidak disangka itu. Tanpa memperdulikan Qismyna yang minta dilepaskan, Wes terus menarik gadis itu hingga ke katil lalu menolak tubuh itu hingga terbaring.

Wes terus menindih tubuh Qismyna dan kedua-dua tangannya memegang tangan Qismyna erat. Qismyna cuba meronta minta dilepaskan. Namun kudratnya tidak terbanding dengan kekuatan lelaki yang dimiliki Wes. Dadanya berdegup dengan kencang. Dia benar-benar takut jika Wes mengapa-apakan dia.

“Kalau saya nak beri emak awak cucu, sekarang juga saya boleh berikan. Tapi, awak yang tak mahu! Saya boleh berbaik-baik dengan awak, tapi awak yang menolak! Jadi, kenapa awak nak salahkan saya?!” dia berbisik di telinga Qismyna dengan penuh rasa marah.

“Lepaskan saya!” Airmata Qismyna hampir sahaja mengalir keluar. Tetapi dikuatkan hati agar airmatanya tidak tumpah di depan lelaki itu.

“Lepaskan? Jawab dulu soalan saya.” Wes masih lagi berkeras dan genggaman tangannya semakin dieratkan.

“Awak sendiri tahu hubungan kita macam mana. Kenapa awak masih nak beri harapan kosong pada mereka sedangkan awak tahu setakat mana hubungan ini akan bertahan? Kenapa awak nak salahkan saya kalau awak tak mampu beri cucu kepada mereka. Saya boleh tunaikan hasrat mereka, asalkan bapa kepada anak yang saya kandungkan tahu menilai tanggungjawabnya.”

Wes terkedu sebaik sahaja mendengar kata-kata Qismyna yang diselang-seli dengan tangisan. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuhnya dari gadis itu. Qismyna bangun lalu mengusap-ngusap pergelangan tangannya yang sakit kerana digenggam kuat oleh Wes. Dia menyapu airmatanya yang masih mengalir. Memang dia cuba untuk tidak menangis, tetapi kelakuan Wes amat menyakitkan hati sehingga dia tidak dapat menahan rasa sebak yang bermukim di dada.

“Maafkan saya.” Perasaan bersalah jelas terlukis diwajahnya.

“Kenapa awak buat macam ni? Kita sama-sama memahami situasi kita. Kita sama-sama tahu hubungan ini takkan kekal. Kalau awak tak setuju dengan syarat orang tua saya, awak tak perlu ikut! Awak suami saya, awak boleh buat keputusan sendiri.” Selepas berkata begitu, Qismyna ingin berlalu pergi tetapi ditahan Wes.

“Maafkan saya.” Sekali lagi dia mengulangi kata maaf.

“Baiklah. Kita akan cuba berbaik-baik sehingga keluarga saya bersetuju dan membenarkan kita berpindah dari sini. Bila kita dah berpindah, kita boleh buat hal masing-masing sehingga satu hari yang sesuai untuk kita membuat keputusan mengakhiri hubungan kita.”

Hanya Dia 18

BAB 18
MAISARA melirik jam ditangan kanannya. Jam menunjukkan ke angka enam. Maisara mengeluh lagi. Kesesakan jalan pada petang Jumaat sebegini sudah menjadi perkara biasa di pusat Bandar Georgetown.
Hari-hari lain walaupun jalan sesak pada waktu pulang kerja, namun tidak seteruk pada hari Jumaat.
Ingatan Maisara kembali terimbas kembali apa yang berlaku sewaktu makan tengahari tadi. Dia mengeluh seketika.
Mungkinkah dia diterima bekerja di situ kerana Fariz? Kerana Fariz mahu mengetahui aktiviti hariannya. Atau mungkin, Fariz langsung tidak mengetahui tentang dia sewaktu dia memohon jawatan di Nusmefa Emas?
Biasanya segala perlantikan jawatan di Nusmefa Emas diluluskan oleh Mr. Lim sendiri. Dan Infera Emas tidak masuk campur dalam urusan pengambilan pekerja. Cuma, segala perlantikan di setiap anak syarikat perlulah mengikut sayarat-syarat yang di kenakan oleh Infera Emas. Jadi, tak mungkin dia diterima kerana Fariz.
Maisara menghembus nafas lega apabila dapat melarikan diri dari kesesakan. Keretanya di pusing melalui jalan pintas untuk ke Bandar Tanjung Bungah.
Sebaik sahaja tiba di perkarangan banglo tiga tingkat itu, pantas Maisara menekan loceng pintu depan. Setelah pagar di buka, Maisara melangkah ke halaman. Kelihatan Tarti telah sedia menunggu di pintu depan.
“Petang Non Sara!” Tarti berbahasa.
“Petang Tarti,” ujar Maisara sambil matanya menjenguk ke dalam untuk mencari tuan rumah.
“Maaf non............itu....bapak sama ibuk lagi pergi. Masih belum pulang,” ujar Tarti seperti tahu Maisara mencari mereka.
“Fariz dan Aiman?” tanya Maisara lagi.
“Bapak Fariz sama Aiman baru aja pergi sama.....non Yana,” Tarti bersuara takut-takut.
“What?!!”
Maisara kelihatan tidak berpuas hati. Sepatutnya, petang ini gilirannya bersama Aiman sehingga Ahad petang. Mengapa Fariz langsung tidak menghubunginya dan memberitahunya terlebih dahulu?
Setelah mengucapkan terima kasih kepada Tarti, Maisara kembali ke kereta dan mendail nombor Fariz.
Setelah beberapa kali mencuba dan tidak mendapat respon dari lelaki itu, Maisara memusing keretanya pergi sambil mulutnya tak sudah-sudah menyumpah dengan tindakan Fariz. Begitu juga dengan Ilyana yang tiba-tiba hadir lalu mengganggu hidupnya.

FARIZ memerhati telefon bimbitnya yang berbunyi. Tertera nama Maisara di skrin. Sudah beberapa kali gadis itu menghubunginya. Sengaja dia membiarkan telefon itu berbunyi tanpa dijawap.
Memang hati kecilnya melonjak-lonjak untuk menjawap panggilan itu, namun akalnya pantas membantah. Semua yang dilakukan ini hanyalah untuk menyedarkan Maisara.
Menyedarkan Maisara tentang cinta Maisara masih kekal untuknya dan untuk menyedarkan Maisara betapa pentingnya cinta mereka bersatu demi seorang anak kecil yang bernama Aiman.
Fariz memanjang jauh melihat Ilyana yang sedang mendukung Aiman. Memang dia tahu, tidak baik dia menggunakan Ilyana untuk menguji hati Maisara. Namun, Ilyana sendiri yang bersungguh-sungguh untuk membantunya.
Ilyana merupakan temannya di kampus dahulu. Bekerja di syarikat warisan keluarga dan syarikatnya merupakan salah satu syarikat yang sering bekerjasama dengan Infera Emas.
“Hai......menung jauh nampak?” tanya Ilyana yang menghampiri Fariz tanpa disedari.
Melihatkan Fariz, Aiman yang masih berada dalam pelukan Ilyana mula melonjak-lonjak dan menghulurkan tangan meminta Fariz mengambilnya.
Melihatkan Aiman begitu, pantas Fariz mengambil Aiman. Dia tahu Aiman masih belum betah dengan Ilyana.
“Aiman........dengan I sekejap aje dia mahu,” Ilyana seperti merajuk.
“Dia belum kenal you. Lagipun, dari kecil sampai sekarang, hanya Maisara yang dia kenal. Lama-lama nanti dia biasalah dengan you,” ujar Fariz seolah-olah memujuk.
Ilyana tersenyum lalu mencuit manja pipi gebu Aiman. Aiman mendakapkan wajahnya di dada Fariz seperti tidak senang dengan kelakuan Ilyana.
Ah Sara.....memang tiada siapa yang dapat menggantikan tempat kau di sisi Aiman.........dan aku.........
“Yana.....I sangat-sangat berterima kasih pada you sebab sudi tolong I.”
“It’s okey.......Don’t mention!” Ilyana tersenyum lalu berlalu seketika.
Anything will do for you Fariz.........Asalkan I berjaya dapatkan you........
Ilyana tersenyum sendiri. Kini dia tahu apa yang boleh membuatkan dirinya diterima oleh Fariz. Aiman.........Aiman adalah jawapannya!

Thursday 11 March 2010

Saat Hati Merelakan 40

DUA minggu telah berlalu tanpa ada perubahan dalam hubungan Qismyna dan Wes. Masing-masing membawa haluan masing-masing. Tetapi perbezaan yang ketara dalam hubungan mereka apabila mereka tidak lagi bertengkar seperti selalu.


Mereka berdua bersikap seperti tidak mengenali antara satu sama lain. Apabila Qismyna berada di ruang tamu, Wes akan berada di bilik. Apabila Wes berada di ruang tamu, Qismyna keluar mengambil angin di luar atau masuk ke bilik. Wes pula, hanya masuk ke bilik apabila melihat Qismyna mematikan lampu.

Keadaan yang baru itu amat tidak menyenangkan seluruh keluarga Qismyna. Walaupun ada baiknya kerana mereka tidak lagi bertengkar, tetapi apabila mereka membisu begini, merupakan petanda tidak baik.

Puan Suria ada menelefon Puan Wati dan memberitahu perkembangan anak menantu mereka. Ternyata Puan Wati juga merasa gusar. Puan Wati membuat keputusan akan terbang ke Pulau Pinang jika mereka masih seperti itu dalam tiga empat hari lagi.

Selepas sahaja Wes pulang dari pejabat, Puan Suria menemuinya dan memintanya berjumpa dengan Tuan Malik di bilik bacaan. Mungkin apabila mereka berbual dari lelaki ke lelaki, hati Wes akan terbuka untuk memulihkan hubungan mereka.

Tanpa soal, Wes melangkahkan kakinya menuju ke bilik bacaan. Dalam hatinya telah dapat meneka untuk apa ayah mertuanya memanggilnya. Sebaik sahaja pintu di buka, Tuan Malik sedia menanti dengan senyuman.

Wes duduk berhadapan dengan Tuan Malik. Hanya senyuman balasan dihulurkan dan kemudian dia diam seperti menunggu untuk dimarahi. Tuan Malik hanya menggelengkan kepalanya.

“Sebelum ayah cakap apa-apa, terlebih dahulu ayah nak minta maaf.” Tuan Malik memulakan bicara. “Ayah bukan nak masuk campur urusan rumah tangga Wes dan Qis. Tapi, jika ayah biarkan.........” Tuan Malik menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

“Walaupun ayah tahu hubungan kamu berdua macam mana, tapi Wes dah janji akan cuba pertahankan rumah tangga ni, kan?” Tuan Malik memandang Wes tajam. Tanpa membalas renungan Tuan Malik, Wes mengangguk.

“Ayah bukan nak memaksa Wes terima Qis dalam hidup Wes. Cuma ayah mahu Wes fikir. Kenapa Tuhan jodohkan Wes dengan Qis? Tentu ada sebabnya. Sebabnya, jodoh Wes adalah dengan Qis.”

“Ayah tahu Wes dan Qis masing-masing sukar untuk menerima hakikat itu. Tapi cubalah untuk menerimanya. Mungkin Qis agak degil dan keras hati sedikit orangnya. Tapi percayalah Wes, Qis seorang anak yang baik dan ayah percaya yang dia juga boleh jadi isteri yang baik.”

“Berilah peluang pada Qis untuk menyedari hakikat ini. Bila dia dah boleh menerima Wes dalam hidupnya, dia akan setia pada Wes. Orang perempuan ni Wes, di kurniakan akal yang sedikit dan hati yang banyak. Tak susah sebenarnya untuk melembutkan hati mereka.”

“Kita cuma perlukan kesabaran dan kelembutan. Insyaallah, hati yang keras juga akan cair. Begitu jugalah dengan Qis. Kalau Wes mengenali Qis dengan dekat, Wes akan tahu yang dia seorang gadis yang penyayang,”

“Ayah bukan nak memuji dia kerana dia anak ayah. Tetapi ayah tahu diri Qis yang sebenar. Ada kalanya dia sukar untuk difahami dan suka memendam rasa. Lima tahun dia tinggalkan keluarga untuk sambung belajar di Johor. Tetapi tiada siapa pun tahu yang sebenarnya dia membawa diri. Bila dia di sana dan cuba larikan diri dari semua orang, barulah kami tahu ada sesuatu yang tak kena dengan dia.”

“Mujurlah ada Fauzan. Selama ini Fauzanlah yang menjaga Qis walaupun dia jauh di Australia. Melalui Fauzanlah kami tahu khabar dia. Itu pun Fauzan rahsiakan kenapa Qis bawa diri sampai ke sana. Kalau tak de Fauzan.......tak tahulah.”

“Wes pun tahukan yang Fauzan adalah bakal tunangan Qis sebelum dia berkahwin dengan Wes. Mereka berdua tidak bercinta, tetapi pilihan keluarga. Kami semua merasakan yang Fauzan adalah jodoh terbaik untuk Qis.”

Entah kenapa bila dia mendengar Tuan Malik seakan memuji Fauzan, dia merasa tidak senang. Mungkin kerana Fauzan adalah menantu pilihan. Tiba-tiba rasa cemburu menguasai diri.

“Tapi Tuhan telah menetapkan semuanya. Jodoh terbaik buat Qis adalah Wes. Kerana itu Tuhan menyatukan kamu berdua walaupun dalam keadaan yang memalukan. Jodoh kamu ditentukan oleh Tuhan. Bukankah ia satu tanda yang baik?” Akhirnya Tuan Malik berkata begitu apabila menyedari menantunya itu tidak senang mendengar pujiannya pada Fauzan.



JAM hampir mencecah sepuluh malam. Qismyna yang baru tiba balik dari melawat Zila dan bayinya terus masuk ke bilik tidur setelah bersalam dengan orang tuanya yang sedang menonton televisyen.

Memang dia sengaja pulang lewat untuk mengelak dirinya dari berjumpa dengan Wes.

Sebaik sahaja sampai di bilik tidur Qismyna membuka pintu dan lampu. Dia terpandangkan kelibat Wes yang sedang enak di buai mimpi di atas katil. Hatinya mula tak senang. Kenapa lelaki itu tidak tidur di atas sofa seperti selalu.

Walaupun berasa kurang senang dengan tindakan Wes, namun dia tidak mahu mencari gaduh dengan lelaki itu. Dia menutup lampu dan membuka lampu tidur bagi menerangi sedikit bilik yang kelam itu.

Selepas mandi, dia menyisir-nyisir rambutnya di depan cermin. Melalui cermin, dia membuang pandangannya kepada Wes yang sedang mengalihkan badannya. Kemudian dia ingin melangkah ke sofa tetapi langkahnya terhenti apabila terpandangkan secebis nota yang ditinggalkan di atas meja solek.

‘Tolong kejutkan saya bila awak dah balik.’

Dia membuang pandangannya kepada Wes lagi. Dia berkira-kira sendiri sama ada hendak mengejutkan Wes atau tidak. Kemudian dia membuat keputusan untuk terus tidur di sofa itu tanpa mengejutkan Wes.



“QIS!” Terdengar satu suara memanggilnya. Seraya dengan itu bahunya disentuh lembut. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kelihatan kelibat Wes di depannya. Pantas dia bangun dan terduduk di atas sofa.

Dia menggosok-gosok matanya. Terasa berat sekali untuk dia membuka mata. Dengan mata yang separuh buka dan separuh sedar dia melirik jam di dinding. Hampir jam tiga pagi. Dia menggosok-gosokkan matanya lagi seperti tidak mempercayai jam itu. Jam masih lagi menunjukkan angka yang sama.

Kerana tidak berpuas hati dia bangun dan mengambil jam tanggannya yang diletakkan di atas meja solek. Memang benar, hampir jam tiga pagi. Tiba-tiba darahnya seakan mendidih. Rasa ngantuknya tiba-tiba hilang.

“Apa hal pagi-pagi buta awak kejutkan saya ni?” dia menahan suaranya.

“Kenapa awak tak kejutkan saya?” tanya Wes.

“Suka hati sayalah nak kejutkan awak ke tak. Kenapa awak tak boleh set alarm sendiri ke pukul berapa yang awak nak bangun?”

“Untuk apa saya set alarm kalau saya dah beristeri.” Wes seakan tidak berpuas hati.

“Awak ingat saya ni kuli awak?!” Qismyna mencekak pinggang.

“Dah tanggungjawab isteri ikut perintah suami. Kalau awak rasa awak tu kuli, kulilah....” Wes tersenyum sinis. Qismyna semakin berang.

“Awak nak saya kejutkan awak supaya kita boleh bertengkar ke?” Qismyna menahan nafasnya yang turun naik. “Kenapa awak suka sakitkan hati saya?”

“Memang saya suka sakitkan hati awak! Kenapa? Tak suka?” Wes menyindir lagi. Qismyna benar-benar terasa hati. Perasaan marah dan benci mula menguasai diri.

Tanpa membidas kata-kata Wes dia terus membaringkan dirinya ke sofa semula lalu menutup mukanya dengan bantal. Wes tidak berpuas hati melihat Qismyna yang tidak memperdulikannya.

Dia menarik bantal Qismyna. Qismyna menarik kembali. Kemudian mereka menarik dan berebut bantal yang satu. Dek kerana geram Qismyna melepaskan bantal itu dan Wes terus terjatuh ke belakang.

Wes mengerang kesakitan sambil memegang belakang pinggangnya. Qismyna mencebik mukanya tanda meluat. Namun dia tidak sampai hati melihat lelaki itu yang sedang menahan kesakitan.

Walaupun tanpa ikhlas dia memimpin Wes ke atas katil dan membaringkan lelaki itu. Kemudian dia mengambil peti kecemasan yang tersimpan di bawah katil lalu mengeluarkan minyak urut.

Setelah dia meminta Wes tidur secara meniarap dan mengangkat sedikit baju, dia terus menyapukan minyak dan mengurut perlahan belakang pinggang lelaki itu.

Wes merasa senang sekali merasa urutan Qismyna. Dalam diam dia tersenyum sendiri. Terbit rasa gembira di hati.

“Kenapa awak buat macam ni?” tanya Qismyna sambil tangannya masih lagi mengurut lelaki itu. Wes terdiam seketika. Senyuman yang terukir tiba-tiba mati mendengar soalan Qismyna.

“Sebenarnya, saya ada hal nak bincang dengan awak.”

“Hal apa yang penting sampai kena kejutkan saya malam-malam. Kan dah jadi hal bila awak sakit macam ni. Esok saya nak kerja. Nak bangun pagi. Dah lah semalam saya balik lambat. Kenapa dengan awak ni?”

“Yang tu pun awak nak marah ke?” Wes bersuara lantang. Qismyna yang merasa geram, menepuk pinggang Wes yang sakit. Walaupun dia menepuk perlahan namun sudah cukup untuk membuat Wes mengerang kesakitan.

“Awak tak payah nak tinggikan suara! Kalau awak buat macam tu lagi, saya pukul awak!” ugut Qismyna. Wes terdiam. Nampaknya Qismyna mengambil kesempatan atas dirinya. Tak pe.

“Jom kita pindah.” Akhirnya Wes bersuara. Qismyna terlopong.

“Pindah?!” Dia ketawa kelucuan.

“Kenapa awak ketawa?!” Wes merasa geram mendengar tawa itu. “Apa yang kelakar?!”

“Mestilah kelakar.” Qismyna tertawa lagi. “Sedangkan begini pun asyik bertengkar. Inikan pula nak pindah dan hidup berdua.” Tanpa banyak soal dan memperdulikan Wes, Qismyna bangun untuk menyambung tidurnya yang tergendala.

“Nanti dulu. Awak belum dengar penjelasan saya.” Wes cuba untuk bangun, tetapi pinggang sakit membuatkan pergerakannya terbatas. “Qis....” panggilnya. Qismyna yang mendengar hanya membisu dan memekakkan telinga.

Malas dia hendak melayan kerenah Wes. Dia memejamkan mata dan membelakangkan Wes. Wes mendengus geram. Jaga kau!

Saat Hati Merelakan 39

SAMPAI sahaja di sana dia membaca papan kenyataan kecil yang terletak di balik dinding. Dia mencari-cari nama Farahymma untuk mengetahui gadis itu bertugas di bahagian mana. Sebaik sahaja mendapati Farahymma bertugas di bahagian perpustakaan, pantas sahaja kakinya dihayun menuju ke situ.


Dia memerhati sekeliling mencari kelibat Farahymma. Tiada. Matanya terpaku kepada Salmi. Lantas dia mendekati gadis itu. Salmi yang melihat kehadiran Wes juga berjalan menghampiri lelaki itu.

“Saya nak jumpa dengan Farahymma.”

“Maaf Encik Wes. Farahymma sebenarnya dah tak berkerja di sini.”

“What?!” Wes benar-benar terkejut. “Tapi semalam dia masih berkerja di sini, kan?”

“Ya.” Salmi mengetap bibir. Di dalam hatinya tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya. Semuanya kelihatan tidak kena selepas Farahymma berjumpa dengan Cik Qismyna.

“Pagi tadi Farahymma datang sini. Dia beri notis dua puluh empat jam.”

Kali ini Wes benar-benar terkejut. Tiba-tiba sahaja perasaan marah timbul dalam dirinya. Tanpa berterima kasih dan berkata apa-apa pada Salmi, dia terus menuju ke pejabat Qismyna.

Salmi yang dapat mengagak lelaki itu ingin masuk ke pejabat Qismyna, pantas menahannya.

“Cik cari siapa?” tanya Salmi yang tertanya-tanya kenapa lelaki itu menuju ke pejabat Qismyna.

“Saya nak jumpa Qismyna,” beritahu Wes dengan kasar.

“Cik Qis tak de. Dia belum masuk kerja lagi,” bohong Salmi kerana dia dapat menghidu sesuatu yang buruk akan berlaku jika dia membenarkan lelaki itu berjumpa dengan majikannya.

“Awak jangan nak bohong saya! Qismyna tu, very puantual. Takkan dah tengahari pun belum masuk kerja.”

“Salmi.” Tiba-tiba kedengaran satu suara menegur. Qismyna berdiri di situ sambil memerhatikan Wes.

“Kenapa?”

“Lelaki ni.” Salmi menunujuk ke arah Wes. “Tiba-tiba sahaja nak masuk dalam pejabat Cik Qis,” Salmi membuang sebentar pandangannya pada Wes.

“Tak pe. Dia suami saya.” Salmi terlopong seakan tidak percaya. Qismyna ingin melangkah pergi.

“Cik Qis!” panggil Salmi. Qismyna berpaling. Salmi menyerahkan sepucuk surat kepada Qismyna.

“Apa ni?” Qismyna membelek-belek surat itu tanpa membukanya.

“Notis dua puluh empat jam Farahymma.” Qismyna memandang Wes. Wes menjungkitkan keningnya. “Saya masuk dulu.”

Wes dan Qismyna melangkah masuk ke pejabat. Surat Farahymma itu di letakkan di atas meja lalu Qismyna melabuhkan punggungnya di kerusi. Wes juga begitu.

“Well......sejak bila awak dah bersedia beritahu orang saya ni suami awak?” sinis sekali soalan itu di telinga Qismyna. Dia hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mencari gaduh dengan lelaki itu.

“Puas hati awak sekarang?” soal Wes menyindir lagi. Qismyna menghembus nafasnya.

“Awak salahkan saya?” Perasaan Qismyna bercampur baur. Kecewa dan sedih. Dia sendiri tidak pasti mengapa perasaannya begitu. Sepatutnya dia gembira dengan apa yang berlaku.

“Memang! Semuanya sebab awak. Sebab awak beritahu dia saya suami awak.” Wes mendengus geram. “Awak dah sakitkan hati dia!”

“Kenapa dia perlu sakit hati?!” Qismyna merenung Wes. Dia menghampiri Wes sambil memeluk tubuhnya. “Apa hubungan awak dengan dia?”

Wes berdiri berhadapan dengan Qismyna sebelum berjalan mendekati cermin kaca. Soalan Qismyna itu membuka matanya. Kenapa Farahymma perlu membawa diri bila mengetahui dia telah berkahwin? Adakah gadis itu masih menyimpan perasaan padanya?

Dia mengeluh sebentar. Dia terfikir sendiri. Mengapa dia perlu memarahi Qismyna atas sebab yang kecil begitu? Dan soalan Qismyna menyesak fikirannya.

“Kenapa awak diam?” Qismyna bertanya lagi. “Awak ada hubungan dengan tunang orang?”

“Mana ada.” Wes bersuara perlahan.

“Awak tak payah nak selindung. Saya tak kisah pun kalau awak ada hubungan dengan dia.” Ikhlaskah dia berkata begitu?

“Qis......” panggil Wes perlahan lalu memegang kedua-dua bahu Qismyna. Mata mereka bertentang. “Percayalah......saya tak de apa-apa hubungan dengan dia.”

Wes cuba menyakinkan Qismyna. Dia sendiri tak tahu kenapa dia harus menyakinkan Qismyna tentang itu. Yang pasti, dia tak mahu Qismyna salah sangka tentang hubungannya dengan Farahymma.

Qismyna menepis tangan lelaki itu dan menjauhinya. Dia memejam matanya sebentar lalu menghembus nafas.

“Dia dah bertunang. Kami cuma berkawan.”

“Sudahlah Wes. Tak payahlah awak jelaskan semuanya pada saya. Saya tak nak tahu.” Qismyna membuka pintu meminta Wes keluar dari pejabatnya.

“Awak bukan sesiapa dalam hidup saya.” Sekali lagi Qismyna mengeluarkan kata-kata yang pernah diucapnya dahulu. Tetapi kali ini ada keperitan dari nada suaranya tidak seperti dahulu di mana dia benar-benar maksudkannya.

Wes menyeluk saku seluarnya sambil berjalan ke pintu. Dia berhenti sebentar melihat Qismyna yang memeluk tubuh di situ tanpa melihatnya. Walaupun Qismyna pernah berkata begitu sebelum ini tetapi hari itu ayat yang sama diucapkan Qismyna terasa menghiris tangkai hatinya.

Sebaik sahaja Wes keluar, Qismyna menutup pintu dengan rapat. Dia menyandarkan tubuhnya di situ. Airmatanya berlinangan ke pipi. Untuk apa tangisan itu, dia sendiri pun tak pasti.

Saat Hati Merelakan 38

KENAPA?” Farahymma mengerutkan keningnya. Salmi menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.


Lantas Farahymma meletakkan buku-buku yang di pegangnya di atas kaunter. Dia berjalan menuju ke pejabat majikannya.

Pintu diketuk. Setelah mendengar suara yang menyuruhnya masuk, barulah dia membuka pintu dan masuk ke dalam.

“Duduk,” suruh Qismyna tanpa memandang wajah di hadapannya. Farahymma hanya menurut. Qismyna masih leka meneliti laporan bulanan.

“Ada apa Cik Qis panggil saya?” tanya gadis itu apabila tidak terdapat tanda-tanda majikannya untuk bersuara.

Mendengar saja pertanyaan Farahymma, pantas Qismyna mengangkat kepala dan memandang gadis itu.

“Saya mengganggu kerja awak ke?”

“Eh tak......tak Cik Qis. Saya........”

“Okey macam ni. Saya ada hal sikit nak bincang dengan awak. Tapi bukan hal kerja.....hal peribadi,” ujar Qismyna tanpa berselindung.

“Hal peribadi?” Farahymma mengerutkan keningnya.

Seingatnya, inilah pertama kali dia bertentang mata dengan Qismyna selain waktu temuduga dahulu. Jadi, perkara peribadi apa yang dimaksudkan?

“Sejak akhir-akhir ni saya lihat ada seorang lelaki sering berjumpa dengan awak.”

“Oh......lelaki tu......Dia memang selalu datang sini. Tapi itu pun pada waktu makan saya, Cik Qis. Dia tak mengganggu kerja saya,” ujar Farahymma pantas. Sedari tadi memang dia telah mengagak kenapa dia disuruh masuk berjumpa dengan Qismyna. Tetapi apabila Qismyna mengatakan urusan peribadi, dia tidak dapat menangkap perkara yang ingin dibincangkan.

“Oh....Ye ke?” Qismyna menyandarkan tubuhnya di kerusi. Menyelesakan lagi kedudukannya. “Tapi banyak kali juga saya lihat dia di waktu kerja awak.”

“Maaf Cik Qis. Memang ada dua tiga kali dia datang dalam waktu kerja saya. Tapi saya tetap jalankan tugas saya. Dia tak menganggu kerja saya.” Bersungguh-sungguh Farahymma menyakinkan majikannya. Dia tidak mahu Qismyna memandang serong pada kualiti kerjanya.

“Okey......tak pelah kalau macam tu.” Qismyna diam seketika. “Tadi awak keluar makan dengan dia ke? Dah janji dari awal?”

Farahymma mengerutkan keningnya. Dia keliru kenapa Qismyna perlu mengambil tahu urusan peribadinya. Dia kurang senang dengan pertanyaan itu. Bukankah itu haknya untuk berjumpa dengan sesiapa. Itu pun ketika waktu makannya. Bukan dalam waktu kerja.

“Ya. Saya keluar makan dengan dia. Tapi itu hanya kebetulan sebab dia ada kat sini.” Farahymma cuba mengukirkan senyuman menutup hatinya yang tak senang diasak dengan pelbagai soalan. “Tak janji pun.”

“Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan dia?”

Farahymma diam seketika. Dia menjadi tak keruan untuk menjawab pertanyaan Qismyna. Qismyna hanya menunggu dengan debaran. Apa agaknya jawapan gadis di depannya ini?

“Kawan,” ringkas jawapan yang diberi.

“Kawan?!” Qismyna menjungkitkan keningnya. “But it seems not like that..”

“Kenapa Cik Qis tanya?” Farahymma semakin lemas dengan soalan Qismyna.

“Saja. Sebab saya prihatin. Awak baru saja berkenalan dengan dia.” Qismyna cuba untuk masuk jarum. “ Kadang-kadang orang lelaki ni bukan boleh percaya sangat.”

“Tapi saya dah lama kenal dia. Dah tujuh tahun pun,” beritahu Farahymma. Mungkin berterus terang lebih baik. Apatah lagi Qismyna kelihatan berminat untuk mengetahui tentang Wes. “Dah lima tahun kami tak jumpa. Sebab dia pulang ke rumah orang tua dia di Sabah. Dan kami baru berjumpa semula.”

“What?!” Qismyna kelihatan benar-benar terkejut mendengar penjelasan Farahymma sehingga menyebabkan mulutnya ternganga sedikit.

“Tapi dia beritahu saya dia baru saja berkenalan dengan awak.” Tiba giliran Farahymma pulak terlopong.

“Cik Qis kenal dia?”

“Kenapa pulak tak? Dia suami saya.”

Terbeliak biji mata Farahymma! Tika ini hanya Tuhan saja yang mengerti perasaannya. Terasa bagai ada batu yang menghempap kepala.

Sampai hati Wes menipunya. Dia benar-benar tidak menyangka Wes telah berkahwin. Lebih malang lagi, Wes tidak berkahwin dengan Manisa tetapi dengan majikannya.

Qismyna merenung gadis di depannya. Gadis yang kelihatan polos yang tidak pandai menyembunyikan rahsia hati. Melihatkan wajahnya sahaja, Qismyna dapat mengagak apa yang tersirat di hatinya.

“Awak terkejut? Sedih?” Qismyna mengetap bibir mungilnya. “Kenapa?” Qismyna bertanya. Farahymma yang kelihatan tak keruan mengangkat kepalanya dan cuba mengukirkan senyuman.

Jelas! Senyuman itu tidak berseri seperti mana senyuman yang dilemparkan gadis itu sewaktu bertemu dengan Wes.

“Tak.....cuma saya tak sangka sahabat saya berkahwin dalam diam. Langsung tak de khabar berita. Saya yang selalu berjumpa dengan dia pun tak tahu hal ni.” Farahymma bersuara. Kali ini agak lancar. Mungkin juga dia telah dapat mangawal dirinya.

“Semua orang tahu saya dah kahwin. Tapi tak ramai orang tahu siapa suami saya.” Memang benar, perkahwinannya dulu tidak dirahsiakan tetapi majlis kenduri hanya kecil-kecilan dan orang luar tidak dijemput.

“Jadi.....dia berbohong dengan saya.....” Qismyna mula memainkan peranannya. “Katanya.....dia baru kenal dengan awak. Awak dengan dia.......”

“Tak! Tak Cik Qis. Cik Qis jangan fikir yang bukan-bukan. Sebenarnya saya dah pun bertunang. Saya pun akan berkahwin tak lama lagi.”

“Awak dah bertunang?” Qismyna agak terkejut sedikit. Akhirnya dia menghembuskan nafas kelegaan. Namun, dia sendiri tak pasti untuk apa. Mungkinkah dia lega kerana mengetahui gadis itu telah pun bertunang.

“Tunang awak tahu awak selalu keluar dengan Wes?”

Farahymma terdiam sebentar sebelum menganggukkan kepalanya.

“Ya.....dia tahu kami berdua berkawan baik. Lagi pun kami jarang jumpa waktu siang. Selalu jumpa malam je.”

“Jadi suami saya kenal dengan tunang awak?” tanya Qismyna lagi.

“Hmmm....” Farahymma kelihatan teragak-agak untuk menjawab. “Ya...” akhirnya dia bersuara.

“Tentu Wes dan tunang awak rapat, kan? Sebab tu awak rapat dengan Wes. Betul tak?” Qismyna cuba memancing lagi.

“Ya.”

“Jadi tentu kamu bertiga selalu keluar bersama.” Qismyna tersenyum lalu berdiri dan menyelak kain tingkap. Farahymma hanya memerhati dari ekor matanya.

“Lepas ni, kalau kamu keluar bertiga lagi......bolehlah saya ikut sekali. Saya pun nak juga berkenalan dengan kawan-kawan Wes.” Qismyna yang melihat Farahymma melalui cermin tingkapnya terseyum sinis melihatkan wajah yang tak tentu arah itu.

“Apakata malam ni kita keluar sama-sama.” Qismyna beralih memandang Farahymma dan kembali ke kerusinya dan mengadap gadis itu.

Farahymma menelan air liur. Pedih terasa ditekaknya bagai ada batu yang menghalang.

“Boleh.......tapi.....” Farahymma terdiam seketika.

“Tapi apa?” Qismyna mengangkat kening menunggu jawapan.

“Tapi......tunang saya tak de kat sini. Dia outstation. Sebulan.” Pantas Farahymma memberi alasan. Qismyna mengerutkan keningnya.

“Apa kerja tunang awak? Tentu berpangkat tinggi, kan?” Farahymma hanya mengangguk.

“Tak pelah kalau macam tu. Mungkin lain kali. I guess.” Qismyna mengukirkan senyuman. Farahymma membalas.

“Siapa nama tunang awak?”

“Jeff.......Jeffry.”

“Okey. Nanti kirim salam pada Jeffry. Katakan pada dia......Qismyna isteri Wes, teringin sangat nak berkenalan dengan dia. Okey?”

“Okey.” Farahymma menelan air liur untuk sekian kalinya.



SEBAIK sahaja selesai makan malam Qismyna mengambil angin di luar. Niat dihati ingin merehatkan diri sambil menghirup udara malam yang segar. Entah kenapa fikirannya bercelaru sebaik saja dia berjumpa dengan Farahymma petang tadi. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

Menurut gadis itu, dia telah pun bertunang. Tetapi gadis itu kelihatan sedih bila mengetahui Wes telah mempunyai isteri. Bila ditanya tentang tunangnya, Farahymma kelihatan resah. Ceritanya tunggang langgang dan tak tentu arah.

Firasatnya mengatakan gadis itu berbohong dengannya. Watak Jeffry itu seperti diada-adakan. Kelihatannya seperti lelaki itu tidak wujud.

Dek kerana tenggelam dalam lamunannya Qismyna langsung tidak menyedari kehadiran Wes di sebelahnya. Sebaik saja ditegur oleh Wes barulah Qismyna menoleh ke arah lelaki itu.

Masing-masing diam seketika. Wes melirik sekejap wajah gadis di sebelahnya. Kelihatannya seperti gadis itu memikirkan sesuatu yang berat. Mungkin juga Qismyna mempunyai masalah dengan cafenya. Ataupun, Adam yang menjadi puncanya gadis itu mengasingkan diri.

“Kenapa?” tanya Wes lembut.

“Apa yang kenapa?” tanya Qismyna kembali sambil menoleh memandang Wes yang duduk di sebelahnya. Sengaja dia pura-pura tidak mengerti soalan lelaki itu.

“Awak ada masalah ke?”

“Kenapa awak nak tahu?” soalan masih dibalas dengan soalan.

“Saya tanya je. Kalau awak tak nak bagitahu.......terpulanglah.” Wes mengangkat bahunya.

Apabila melihatkan Wes yang ingin berlalu pergi, Qismyna tiba-tiba bangun dan menahannya. Wes kelihatan terkejut dengan tindakan Qismyna yang tiba-tiba memegang lengannya.

Dia memandang gadis itu dan mengukirkan senyuman mengejek. Pantas Qismyna melepaskan tangannya. Dia merasa bodoh dengan tindakannya.

“Saya ada hal sikit nak bincang.” Mereka kembali duduk semula.

Agak lama juga mereka duduk begitu. Wes masih menunggu Qismyna untuk berkata-kata. Entah apa yang hendak dibincangkan masih belum diketahui. Qismyna hanya merenung jauh ke angkasa melihat bulan dan bintang yang berkedipan.

“Ada apa sebenarnya ni?” Wes memulakan bicara. Qismyna seperti baru tersedar dari lamunannya.

“Hmm....” Qismyna mengurut-ngurut dahinya. Entah apa yang ingin dibincangkan dengan lelaki itu sebenarnya.

“Saya dengar cerita, Farahymma dah bertunang.” Qismyna memulakan kata-katanya.

“Ya.....memang betul. Dia dah bertunang,” jawab Wes dengan selamba. “Awak tanya dengan dia ke?”

“Ya.” Qismyna mengangguk. “Dan dia pun dah tahu tentang kita.” Wes terkejut. Tiba-tiba rasa marah muncul dalam hatinya. Dia masih belum bersedia untuk memberitahu Faraymma tetapi kenapa Qismyna pandai-pandai membuka rahsia mereka pada gadis itu.

“Kenapa dengan awak ni?!” dia menjerkah Qismyna. Qismyna tergamam.

“Kenapa dengan awak ni?” Qismyna memandang dan bertanya soalan yang sama.

“Kenapa awak beritahu dia?” tengking Wes. Hati Qismyna melonjak geram. Tiba-tiba sahaja perasaan marah menguasai diri. Dia memang tidak suka ditengking begitu.

“Kenapa awak nak marah? Kalau awak tak de hubungan dengan dia, kenapa awak nak marah kalau dia tahu awak dah berkahwin? Kenapa awak rahsiakan perkara ni? Kenapa awak tipu saya yang awak baru kenal dengan dia sedangkan awak dah kenal dia tujuh tahun dahulu?!” Qismyna meninggikan suaranya kerana tidak dapat menahan rasa marah.

“Apa awak peduli saya bohong kat awak?” Wes mencekap pinggang sambil merenung tepat ke dalam anak mata Qismyna. “Awak sakit hati saya bohong dengan awak? Kalau saya ada hubungan dengan dia sekali pun, apa hak awak nak halang?”

“Awak ada hubungan dengan dia?” Qismyna mengerutkan keningnya. Keliru!. “Saya tak fahamlah, dia kan dah bertunang!”

“Dia tu cuma bertunang je. Bukannya dah kahwin,” ujar Wes dengan lancang. “Orang kahwin atas dasar cinta pun boleh bercerai apatah lagi kita ni.”

Begitu pedih sekali ayat yang dikeluarkan Wes. Qismyna terasa ingin mengalirkan airmata di situ juga. Tetapi dia tak mahu Wes memperkecilkan dirinya. Dia tak mahu merasa bodoh dengan tindakannya.

“Kan saya dah janji nak jadi pontianak dalam hidup awak.” Qismyna memaksa dirinya memandang Wes. Wes tersenyum sinis.

“Awak nak balas dendam sebab saya beritahu Adam yang saya ni suami awak?”

Wes menggeleng-geleng kepala tanda tidak berpuas hati. Dia menjeling Qismyna sekilas lalu meninggalkan gadis itu.

Sebaik sahaja Wes menghilangkan diri, Qismyna terduduk di situ. Dia tidak tahu apa punca pertengkaran dia dan Wes. Adakah kerana dia berterus terang dengan Farahymma menyebabkan Wes jadi begitu. Tapi kenapa Wes begitu marah sedangkan Farahymma telah pun bertunang?

Wes mengambil angin di beranda. Dia cuba membuang rasa marah yang bersarang di dada. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia jadi begitu hanya di sebabkan Qismyna berterus terang tentang hubungan mereka kepada Farahymma.

Farahymma berhak tahu tentang itu. Lagi pun, gadis itu telah bertunang. Dia seharusnya menerima kenyataan itu. Tapi dia belum bersedia.

“Wes.” Tiba-tiba dia terdengar suara Qismyna yang menegurnya. Wes tidak berpaling melihatnya. Dia hanya memandang terus ke luar.

“Saya minta maaf kalau tindakan saya salah.”

Buat pertama kali Qismyna meminta maaf pada lelaki yang amat dibencinya. Tetapi ucapan maaf itu tidak berbekas di hati Wes.

“Kalau awak rasa saya patut jumpa dengan Farahymma dan beritahu dia perkara yang sebenar........”

“Tak perlu. Saya sendiri akan jumpa dengan dia. Cuma saya minta awak jangan ganggu urusan peribadi saya.” Wes bersuara tegas. “Saya pun tak ganggu awak waktu awak jumpa dengan Adam.”

Wes berlalu meninggalkan Qismyna. Qismyna benar-benar merasa sedih dengan sikap Wes. Wes sanggup membelakangkan dia hanya semata-mata kerana Farahymma.

.