Wednesday 3 March 2010

Hanya Dia 16

BAB 16
PIPI gebu Aiman dicium bertalu-talu sebelum Aiman diserahkan kepada Rosnah. Kemudian Maisara mencium tangan Rosnah dan Ismail sebelum meminta izin untuk pulang.
“Betul ke Sara tak nak tunggu Abang Fariz dulu?” tanya Rosnah seolah-olah keberatan untuk melepaskan Maisara pergi. “Tunggulah sekejap.....” Rosnah memujuk.
Walaupun Maisara belum lagi menjadi menantunya, Rosnah tetap menyayangi Maisara. Dia khuatir untuk membiarkan Maisara pulang bersendirian sebegini.
Sebelum Fariz keluar untuk menghantar Ilyana pulang, mereka diberitahu Maimun dan Khalid akan datang selepas majlis kerana Khalid menghadapi sedikit masalah di pejabat. Namun, tiba-tiba sahaja mereka tidak dapat hadir dan meminta Fariz untuk menghantar Maisara pulang.
Namun ketika Khalid menghubungi mereka, Fariz telah pun keluar untuk menghantar Ilyana. Maisara pula tidak mahu menunggu Fariz. Dia mahu pulang sendiri.
Memang berat hati Rosnah dan Ismail untuk mengizinkan Maisara pulang sendiri apatah lagi mengenangkan Maisara perlu menaiki teksi kerana keretanya masih lagi di bengkel.
“Tak pelah mama....... Janganlah risau. Bukannya Sara tak pernah naik teksi dan pulang sendiri.” Maisara tersenyum dan memeluk bahu Rosnah untuk menenangkan hatinya.
“Yelah.....Tapi hari dah malam.....” Ismail pula bersuara.
“Papa......mama...... Sara janji, bila Sara dah sampai rumah, Sara akan hubungi papa dan mama,” Maisara tersenyum.
Walaupun pada mulanya dia agak kekok untuk menerima mereka dalam hidupnya. Namun, lama-kelamaan dia mula jatuh kasih kepada sepasang suami isteri yang sedang berdiri di hadapannya.
Keprihatinan dan kasih sayang yang diberikan mereka terlalu sukar untuk dinafikan. Kasih sayang itu seperti sudah sebati dalam hatinya. Kasih yang penuh keikhlasan.
Setelah memberi salam, Maisara mula melangkah keluar. Namun, belum sempat langkahnya di atur, matanya menjadi silau dengan cahaya dari kereta yang baru memasuki halaman rumah itu.

FARIZ memakirkan keretanya. Kelihatan Maisara dan kedua orang tuanya serta Aiman berada di halaman. Mungkinkah Maisara sudah mahu pulang?
Tanpa berlengah, Fariz keluar dari perut kereta dan menghampiri mereka.
“Alhamdulillah kamu cepat balik, Fariz.” Ismail bersuara sebaik sahaja melihat kelibat anaknya itu. Sebenarnya, selepas sahaja Khalid menghubunginya, terus sahaja dia menghubungi Fariz dan memberitahu perkara itu dan meminta Fariz pulang cepat.
“Sara dah nak balik?” tanya Fariz.
“Hmm......” Maisara menundukkan wajahnya lalu berjalan melintasi Fariz.
“Tunggu, Sara!”
Ismail dan Rosnah yang masih berada di situ pantas berlalu. Sengaja memberi kesempatan kepada dua anak muda itu.
“Sara!” lengan Maisara digenggam erat. Maisara cuba menepis. Semakin Maisara menepis semakin kuat genggaman Fariz.
“Mari saya hantarkan?”
Maisara mengeluh sebentar apabila dia gagal melepaskan diri. Dia memandang Fariz dengan tajam. Entah kenapa tiba-tiba bayang Ilyana melintas di ruang matanya. Pantas dia beralih pandangannya.
“Kenapa? Tak sudi nak pandang wajah saya?”
“Boleh tak awak lepaskan saya?” tanya Maisara dengan perlahan. Akhirnya, Fariz merungkaikan genggamannya.
“Jom! Saya hantar awak?”
“Awak tak letih ke? Awak baru saja balik dari hantar Ilyana,” Maisara berpaling dan membelakangkan Fariz.
“Kenapa? Awak cemburu ke?” Fariz sekadar menguji hati Maisara.
Maisara tersenyum sinis. Mungkin.....mungkin dia sedikit cemburu....Tapi, kenapa dia harus berperasaan begitu?
“Tak de sebab untuk saya cemburu,” ujar Maisara lalu memasuki perut kereta dan berpeluk tubuh di situ.
Dia tahu, tiada gunanya jika dia berkeras untuk pulang sendirian kerana Fariz tetap tidak akan membenarkan. Pengalaman bersama Fariz dahulu sudah cukup untuk membuat dia mengerti dengan sikap lelaki itu.
Fariz yang melihat Maisara sudah pun berada di dalam kereta, tersenyum. Lalu dia melangkah masuk ke sisi Maisara. Dia memandang Maisara sekilas dengan senyuman yang masih terukir sebelum memandu keretanya keluar dari halaman rumah.
Maisara hanya diam membisu sepanjang perjalanan. Fariz disebelahnya tidak di endahkan. Memang dia merancang begitu. Dia tidak mahu memulakan sebarang perbualan dengan Faris. Tetapi apabila teringatkan sesuatu, dia mula bersuara.
“Saya ada sesuatu nak ingatkan pada awak?”
Fariz yang sedang ayik melayan perasaannya sendiri sedikit terkejut dengan suara Maisara yang tiba-tiba memecah kesunyian di antara mereka.
“Hmmm?” Fariz mengerling Maisara dengan ekor matanya sebentar.
“Tadi masa di dapur, saya lihat kek yang saya buat khas untuk Aiman langsung tak terusik.” Maisara memeluk tubuhnya sambil memandang terus ke depan. “Walaupun kek yang saya buat tu tak sebesar dan sesedap yang awak belikan untuk Aiman, saya harap awak dan famili awak sudilah kiranya merasa sedikit kek tu sebelum ia jadi habuan ‘cik pah’.” Cik Pah yang dimaksudkan Maisara adalah tong sampah.
Puas….puas hati Maisara dapat meluahkan rasa yang sedari tadi di simpannya di dalam hati. Memang hatinya cukup terusik apabila dia membuka peti sejuk dan memandang kek harijadi yang dibuatnya khas untuk Aiman, hanya membeku di dalamnya.
Fariz tersenyum kecil mendengar luahan hati Maisara. Bukan dia tidak sudi untuk menjamah kek yang diberikan Maisara. Namun dia gusar sekiranya kek itu dihidangkan kepada tetamu, dia tidak akan berpeluang untuk merasa kek pemberian Maisara. Jadi lebih baik di hidangkan kek yang lain dan kek yang diberikan Maisara di simpan untuk mereka sekeluarga.
“Maaf kalau itu membuatkan awak berkecil hati,” Fariz memandang Maisara sekilas. “Saya cuma tak nak kecilkan hati Ilyana yang bersungguh-sungguh menempah kek tu.”
Ilyana? Kek tu dari Ilyana?
Hati Maisara mula menjadi tak keruan apabila mengetahui kek itu adalah pemberian Ilyana.
“Wah!! Special betul Ilyana tu sampai tak sanggup nak kecilkan hati dia….” sindir Maisara dengan penuh makna.
Fariz di sisi Maisara tersenyum kecil apabila mendengar ayat yang berbaur cemburu itu.
“Yelah…..mestilah kena jaga hati. Nanti dia kecik hati, saya yang susah nak pujuk…” sengaja Fariz menambahkan lagi kehangatan di malam itu.
Dada Maisara sudah mula berkocak.
Susah nak pujuk? Macam mana pulak dengan hati aku?! Apa hubungan Fariz dan Ilyana? Tak mungkin kawan biasa.
Maisara diam membisu. Dia tidak mahu berkata apa-apa lagi mengenai itu kek dan juga Ilyana. Dia tidak mahu kata-kata selanjutnya dari Fariz akan membuatkan hatinya lebih terluka. Dia menyandarkan tubuh dengan tenang dan menarik nafas panjang lalu menghembuskan nafasnya sebelum dia membuang pandangan ke luar tingkap.
Fariz mengerling seketika Maisara yang tiba-tiba membisu. Dia menggelengkan kepalanya sebentar. Kenapalah Maisara tidak bertanya lebih lanjut? Sedangkan dia mahu Maisara terus bertanya tentang Ilyana sekadar untuk melihat api cemburu di dalam hati gadis itu.
“Hmm….” Fariz cuba mendapatkan perhatian Maisara yang entah ke mana.
Deheman Fariz itu tidak mendapat respon dari Maisara. Malah gadis itu masih lagi di posisi seperti tadi yang hanya membuang pandangannya ke luar tingkap.
“Sara…..saya ada sesuatu nak beritahu awak,” Fariz menoleh Maisara sekilas. Maisara masih diam begitu. Walaupun tiada respon dari Maisara, Fariz tahu Maisara mendengar kata-katanya. “Mulai dari saat ini, mungkin awak perlu kurangkan masa awak dengan Aiman.”
Kata-kata itu membuatkan Maisara terus memandang kepada Fariz dengan pandangan yang tajam dan penuh pertanyaan sehingga membuatkan dahi gadis itu berkerut.
“Kenapa?”
“Ilyana……”
Nama yang baru meniti di bibir Fariz sudah bisa membuatkan Maisara faham tentang hubungan Fariz dan Ilyana.
“Kenapa dengan Ilyana?” tanya Maisara pura-pura kurang mengerti.
“Saya perlu pastikan Aiman selesa dengan kehadiran Ilyana. Saya mahu Ilyana menyayangi Aiman dan saya mahu Aiman dan Ilyana dapat menyesuaikan diri bersama.”
“Macam mana dengan saya? Awak nak rampas hak Aiman dari saya?” Entah kenapa Maisara merasakan kolam matanya berair.
“Saya tak bermaksud begitu. Saya cuma tak mahu Aiman membesar tanpa seorang ibu.”
“Tak cukupkah kasih sayang yang dah saya berikan untuk Aiman. Aiman bahagia dengan saya. Dan saya sangat sayangkan Aiman!” Tatkala ini airmata Maisara sudah mula mengalir.
“Saya tahu……” Fariz menoleh Maisara seketika sebelum memberi signal kiri untuk berhenti di bahu jalan.
Setelah itu, Fariz memusing tubuhnya menghadap Maisara di sisi. Pantas Maisara menyapu airmata yang mengalir lalu memalingkan wajahnya.
“Aiman perlukan kasih seorang ayah dan ibu dalam masa yang sama. Saya tahu awak sangat sayangkan Aiman, tapi kasih yang diterima Aiman terbahagi antara awak dan saya. Aiman perlukan kedua-duanya dalam masa yang sama.”
“Aiman dah genap setahun. Saya tak tahu berapa lama lagi masa yang awak perlukan untuk menerima saya. Sedangkan Aiman semakin membesar dan semakin cerdik untuk menyedari kekurangan dalam hidupnya. Kehadiran Ilyana bukanlah semata-mata untk mengisi ruang hati saya, tapi lebih kepada Aiman.”
“Saya tahu awak tak sudi untuk berada di sisi saya dan sama-sama membesarkan Aiman. Kerana itu, saya memilih Ilyana.”
“Tapi saya tak rela kasih Aiman terbahagi antara saya dan Ilyana….” Maisara menyapu lagi airmatanya. “Saya mahu jadi satu-satunya mama Aiman.”
“Untuk menjadi satu-satunya mama Aiman, awak perlu jadi isteri saya…..”
Maisara memandang Fariz yang sedang merenungnya. Lama. Kemudian dia berpaling dan terus membisu.
Melihat kebisuan Maisara, Fariz melepas nafas kecewa. Kemudian dia terus memandu ke rumah Maisara.

4 comments:

  1. hohohohho

    trime je la fariz
    pe mslhnya
    kate syg kt aiman?

    ReplyDelete
  2. wah,,,citer ni makin rancak la..best sgt..
    tak sabar nk tau citer selanjutnye..
    puteri, tlg smbung cepat skit yer..

    ReplyDelete
  3. ermmm tak nk ah pilih ilyana...
    nak ngn maisarah gak
    huhuu
    plz..plz..
    biar fariz ngn maisarah...
    :)

    ReplyDelete
  4. best...best!!!nak tahu, apa punca fariz pilih su dulu?????? kenapa????? apapun, mestilah sara perlukan masa..........apapun, akak follow............

    ReplyDelete